Sumber Gambar: Harian Metro

Pencapaian Wan Kuzain Wan Kamal yang berjaya diikat oleh kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City sebagai pemain “homegrown” mereka adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa. Bayangkan saja peemain berdarah Malaysia mencipta impak di Divisyen tertinggi di Amerika Syarikat. Kami berpendapat pencapaian yang diraih oleh Wan Kuzain ini boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk pemain-pemain muda dalam negara meningkatkan lagi usaha mereka untuk mencapai tahap terbaik.

Semenjak menunjukkan persembahan cemerlang ketika temasya Piala Asia Bawah 23 Tahun di China awal tahun ini, ada sebilangan pemain muda yang berpotensi untuk beraksi di luar negara. Nama seperti Safawi Rashid, Akhyar Rashid dan juga Nor Azam Azih dilihat mempunyai standard dan juga kualiti yang dilihat cukup untuk bermain di luar Malaysia. Kami merasakan ketiga-tiga pemain ini harus mengembangkan lagi karier dan juga tahap permainan mereka.

Apabila pemain kita sudah mula bermain di luar negara, meskipun tidak bermain di Divisyen tertinggi dan bermain di Divisyen kedua ataupun ketiga, ianya sangat penting untuk perkembangan dan juga peningkatan corak pemain itu sendiri. Kerana mereka menentang barisan pemain yang jauh berbeza dengan barisan pemain dalam saingan Liga Malaysia.

Para pemain juga akan memperoleh pengalaman bermain di negara yang mempunyai sistem bola sepak yang lebih baik daripada Malaysia. Banyak manfaat yang boleh didapat oleh seseorang pemain itu jika mereka berani untuk keluar daripada comfort zon dan berani untuk mengambil risiko dengan bermain di luar negara.

Selain mengambil pencapaian Wan Kuzain sebagai pembakar semangat, para pemain muda negara kita juga boleh menjadikan pencapaian Johan Dion Cools bersama Club Brugge dan juga pasukan kebangsaan Belgium. Dion Cools berpeluang untuk mewakili Belgium dalam kejohanan terbesar dalam dunia bola sepak iaitu Piala Dunia Jun nanti.

Diharapkan, pencapaian yang diraih oleh Wan Kuzain dan juga Johan Dion Cools mampu untuk diturunkan oleh pemain lain pada masa akan datang.

Baca Juga: Wan Kuzain Diikat Sporting KC

Leave a Reply