Sumber Gambar: MFL

Pasukan Johor Darul Ta’zim kekal sebagai pendahulu Liga Super apabila mereka menewaskan PKNS FC dengan keputusan 3-0 semalam. Dua jaringan Gonzalo Cabrera dan satu jaringan Safawi Rasid sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka lebih garang daripada PKNS FC pada perlawanan semalam.

JDT mengasak kubu PKNS sejak minit pertama perlawanan. Dan asakan pada awal permainan nyata menjadi buat mereka apabila Cabrera berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-13. Pada separuh masa pertama dilihat JDT lebih menguasai perlawanan.

Barisan pertahanan yang kembali diisi oleh Fadhli Shas dan Marcos Antonio dilihat mudah untuk mematahkan segala gerakan serangan pasukan PKNS. Perkatra sama juga berlaku pada separuh masa kedua. JDT dilihat lebih dominan dari segala aspek dan berjaya menambah dua gol menerusi Cabrera dan Safawi.

Bagi PKNS FC pula, mereka seolah-olah buntu dan tiada jawapan kepada corak pemainan yang ditunjukkan oleh lawan mereka. Barisan serangan dilihat tumpul dan agak bergelut untuk memecah benteng pertahanan JDT. Barisan pertahanan PKNS pula dilihat gagal untuk menyekat kemaraan barisan serangan JDT.

Penulis berpendapat mereka rindukan kelibat Mahali Jasuli di bahagian kanan. Kita sedia maklum bahawa Mahali ialah watak penting mereka di bahagian serangan. Tanpa Mahali, Faris Ramli dan Rafael Ramazotti dilihat agak bergelut untuk cuba mencipta sesuatu di bahagian serangan.

Walau apa pun, kemenangan ini memberi nafas lega kepada peminat dan juga pasukan Johor Darul Ta’zim. Selepas dimalukan Persija pada selasa lalu, kemenangan adalah satu recovery yang baik kepada malapetaka tersebut.

Bagi pasukan PKNS FC pula, banyak yang perlu diperbaiki oleh Datuk K.Rajagopal untuk mengelakkan kesilapan sama berulang pada perlawanan akan datang. Terutamanya di bahagian pertahanan pasukan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan Johor Darul Ta’zim ke atas PKNS FC semalam ? Adakah dengan kemenangan ini JDT mampu untuk mengekalkan rentak cemerlang mereka ? Dan mampukah PKNS FC bangkit daripada kelakahan pada perlawanan yang akan datang ?

Baca Juga: The Wounded Tiger Mahukan Kemenangan

Leave a Reply