Sumber Gambar: Pahang FA

Pasukan Pahang sudah pasti mahu mengejar pasukan pendahulu Liga apabila mereka akan menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium KLFA malam ini. Jika mengutip kemenangan lama ini, Pahang akan merampas kedudukan kedua daripada Terengganu FC dan kembali berada dua mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

Jika kita melihat kepada barisan serangan yang dimiliki oleh pasukan Pahang, mereka dilihat tiada masalah untuk menewaskan pasukan Kuala Lumpur malam ini. Namun, pada perlawanan terakhir, Pahang dilihat agak bergelut terutamanya di bahagian serangan. Ketiadaan Francis Forkey Doe sedikit-sebanyak menjejaskan perancangan Dollah Saleh.

Bercakap mengenai barisan serangan, menarik untuk kita saksikan siapa yang akan digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan pasukan. Ketika ini ada dua nama yang berkemungkinan besar akan digandingkan dengan Patrick. Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain muda, R.Kogileswaran menjadi pilihan Dollah untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, mereka perlu mengelakkan kesilapan ketika tewas kepada Selangor minggu lalu daripada berulang malam ini. Aspek bertahan dan juga serangan Kuala Lumpur perlu berfungsi dengan baik jika mereka tidak mahu tewas buat kali kedua dalam tempoh dua minggu di laan sendiri.

Satu lagi aspek yang perlu diperbaiki oleh Kuala Lumpur ialah emosi mereka. Kiat dapat lihat ketika perlawanan menentang Selangor, rata-rata pemain Kuala Lumpur tidak dapat mengawal emosi mereka, termasuk jurulatih pasukan, Fabio Maciel. Jadi, mereka harus lebih tenang bagi menyerap segala asakan Pahang malam ini.

Walau apa pun, kedua-dua pasukan perlukan kemenangan bagi memperbaiki keduddukan mereka di dalam Liga. Pahang mahu menjegar pasukan pendahulu seperti JDT dan Terengganu FC manakala Kuala Lumpur mahu berada di kelompok pertengahan Liga.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Pahang menentang Kuala Lumpur ? Mampukah Pahang mengutip kemenangan sekaligus merampas tempat kedua daripada Terengganu FC ? Atau Kuala Lumpur akan menyekat hajat mereka dan mengejutkan anak-anak buah Dollah Saleh ?

Baca Juga: Issey Nakajima Ganti Forkey Doe ?

Leave a Reply