Sumber Gambar: Perak TBG

Pasukan adik-beradik, Perak dan PKNP FC akan bertembung buat kali pertama dalam pentas Liga Super di Stadium Negeri Pulau Pinang hari ini. Menarik untuk kita saksikan sama ada Perak atau PKNP yang akan mengutip kemenangan dalam perlawanan pertama di pentas Liga Super diantara kedua-dua pasukan.

Perak berjaya mengutip kemenangan sebelum Liga berehat panjang apabila mereka menewaskan Selangor. Jadi sudah pasti mereka mahu mengekalkan rentak kemenangan tersebut. Jika kita melihat dari segi barisan pemain sedia ada, memang Perak dijangka tidak ada masalah untuk menewaskan adik mereka hari ini kerana mereka mempunyai pemain yang lebih baik daripada lawan mereka.

Pemain seperti Gilma Da Silva, Wander Luiz dan Nor Hakim Hassan akan menjadi harapan Perak untuk mencari gol. Terutamanya Nor Hakim Hassan yang berada dalam prestasi yang baik ketika ini.

Bagi PKNP FC pula, satu tugas getir menanti mereka hari ini. Abu Bakar Fadzim harus mencari formula menggunakan pemain sedia ada untuk mengekang segala gerakan yang dilakukan oleh pemain Perak. Memang tidak dinafikan barisan pemain yang mereka miliki tidak seperti barisan pemain Perak. Kualiti yang dimiliki oleh pemain lawan lebih baik.

Untuk perlawanan malam ini, sudah pasti PKNP akan berharap kepada ketua pasukan mereka, Shahrel Fikri Fauzi dan Yeon Gi-sung bagi merobek gawang pasukan Perak malam ini. Ketika ini, kedua-dua penyerang ini sedang berada dalam prestasi yang baik.

Walau apa pun, sama ada Perak atau PKNP, kedua-dua pasukan akan memberikan yang terbaik memandangkan ini perlawanan pertama mereka dalam pentas Liga Super. Selain itu, hanya kemenangan akan membawa kedua-dua pasukan ke peringkat pertengahan Liga. Apatah lagi PKNP yang hanya satu mata saja dibezakan dengan pasukan di tangga ke-11.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan adik-beradik ini ? Mampukah Perak menunjukkan bahawa mereka lebih bagus berbanding adik mereka ? Ataupun PKNP mampu mencipa kejutan dengan menewaskan abang mereka ?

Baca Juga: Nor Hakim Hassan, “Bad Boy” Yag Kembali Menyinar

Leave a Reply