Sumber Gambar: Kuantan FA

Makin parah pasukan Kuantan FA ni. Semalam, mereka sepatutnya menentang pasukan PDRM di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Perdaa 2018. Tapi, batang hidung pun tak nampak. Mereka gagal hadir ke stadium untuk perlawanan semalam dan PDRM diberi kemenangan percuma 3-0. Lebih baik bubar je daripada menyusahkan orang lain.

Penyebab utama para pemain enggan untuk hadir ke perlawanan semalam ialah tak lain dan tak bukan kerana masalah gaji tertunggak yang sudah empat bulan tidak dibayar oleh pasukan. Ketua jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria pun tak mampu berbuat apa-apa dek kerana tiada usaha yang ditunjukkan oleh pengurusan pasukan tentang masalah gaji ni.

Entah apa yang difikirkan oleh pengurusan Kuantan FA ni. Pada awal musim bukan main lagi. Sampai tukar nama pasukan menjadi Marcerra Kuantan FA. Nampak macam gah tapi hanya pada nama saja. Usaha tiada. Bila dah tahu yang anda tak mampu nak manage sebuah pasukan dalam Liga Malaysia, mengapa anda masih lagi mengambil tanggungjawab tersebut. Nak tunjuk hebat tapi tak bertempat.

Bukan senang nak menguruskan pasukan dalam Liga Malaysia ni. Anda boleh tengok berapa banyak pasukan yang sudah bungkus tepi kerana tak mampu nak bersaing dari segala aspek terutamanya aspek kewangan. Benda dah banyak kali jadi pun tak boleh nak belajar ke ?

Apa yang penulis boleh katakan ialah tindakan Kuantan FA ini hanya memalukan Liga Malaysia dan mereka tidak menghormati Liga kita ini. Mereka ini bermain di saingan Liga Perdana. Divisyen kedua dalam piramid bola sepak Malaysia tu! This is madness!

Selain itu, Kuantan FA juga tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap pemain yang sudah empat bulan tidak menerima gaji. Tak fikir ke anak bini mereka nak makan apa ?

Apa yang pasti, penulis harap Malaysia Football League (MFL) mengenakan hukuman yang berat dan juga setimpal ke atas Kuantan FA ini. Kalau boleh, ban mereka daripada Liga Malaysia dan seterusnya bubar pasukan tersebut agar tidak menyusahkan pihak lain pada masa akan datang.

Baca Juga: Jadikan Pencapaian Mereka Sebagai Pembakar Semangat

Leave a Reply