Sumber Gambar: mStar

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meluahkan hasrat untuk kembali membantu pasukan Kelantan musim ini. Beliau sedia membantu dari segi kewangan bagi membawa masuk pemain import berkualiti pada jendela perpindahan kedua.

Dengan campur tangan Tan Sri Annuar ni, penulis ada satu pertanyaaan. Mampukah dengan bantuan beliau membawa perubahan terhadap pasukan ?

Kita sudah sedia maklum pencapaian Tan Sri Annuar sepanjang memegang tampuk pemerintahan bola sepak Kelantan. Sudah bermacam-macam kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysa berjaya diraih oleh pasukan Kelantan. Namun, tabiat pasukan yang suka untuk menukar pemain import telah memakan diri apabila mereka terpalit dengan isu kewangan pada dua musim kebelakangan ini.

Isu kewangan ini juga telah membuatkan Tan Sri Annuar melepaskan jawatan presiden KAFA dan diambil alih oleh Bibi Ramjani Ilias Khan pada akhir musim lalu. Dan semenjak diambil alih oleh kak Bibi Ramjani, pasukan Kelantan melalui beberapa perubahan dari segi pemain dan juga barisan kejurulatihan.

Namun, prestasi pasukan Kelantan musim ini sedikit goyah dengan beberapa keputusan tidak berpihak kepada mereka. Setakat ini, Kelantan hanya mampu mengutip satu kemenangan. Barisan pemain yang direkrut terutamanya pemain import juga gagal untuk menunjukkan persembahan yang baik. Dua daripada lima pemain import telahpun dilepaskan setakat ini.

Penulis merasakan Kelantan harus mencari pemain import berkualiti bagi memperkasakan pasukan. Dengan bantuan yang ingin diberikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Kelantan boleh menggunakan pengalaman yang dimiliki oleh beliau untuk mencari pemain import yang sesuai dengan corak permainan pasukan.

Satu perkara lagi, Tan Sri Annuar juga boleh bertindak sebagai penasihat kepada Bibi Ramjani tentang bagaimana untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Penulis berpendapat dengan campur tangan Tan Sri Annuar, ia boleh membawa sedikit perubahan terhadap prestasi pasukan.

Apa pendapat anda mengenai bantuan kewangan yang mahu diberikan oleh Tan Sri Annuar Musa ? Adakah bantuan yang bakal dibawa masuk boleh memberikan perubahan kepada pasukan Kelantan ?

Baca Juga: Kelantan Dalam Proses Pengubahsuaian ?

Leave a Reply