Sumber Gambar: Pahang FA

Penyerag muda Pahangg, R.Kogileswaran menyelamatkan pasukan beliau daripada tewas di tangan Kuala Lumpur apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan sekaligus memberikan satu mata kepada pasukan Pahang. Dengan keputusan semalam, Pahang menduduki tempat kedua manakala Kuala Lumpur menduduki tempat kelapan.

Apa yang boleh kita lihat adalah barisan serangan Pahang sedikit bergelut untuk mencari gol dalam perlawanan semalam. Patrick Cruz yang digandingkan dengan R.Kogileswaran sukar untuk menembusi benteng pertahanan Kuala Lumpur.

Pahang banyak bergantung kepada situasi bola mati bagi mencari jaringan. Mujur rembatan Kogi berjaya menewaskan Khatul pada separuh masa kedua.

Barisan pertahanan Pahang juga sedikit mengecewakan semalam. Dua kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan telah menyebabkan mereka dibolosi. Ketiadaan ketua pasukan, Matthew Davies juga merencatkan sedikit perancangan Pahang. Mohamadou Sumareh tiada seorang pemain dibelakang beliau yang boleh membuat larian dan melindungi beliau.

Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, mereka nyata telah belajar daripada kesilapan lampau. Kuala Lumpur lebih mengamcam di bahagian serangan dan mereka bermain sebagai satu unit yang baik. Para pemain Kuala Lumpur juga berjaya untuk mengawal emosi mereka.

Hanya saja beberapa kesilapan seperti kesilapan penjaga gol, Khatul Anuar yang gagal untuk mengeluarkan bola dengan baik dihukum oleh barisan serangan Pahang. Namun, Khatul beraksi cemerlang setelah melepaskan gol pertama tersebut. Lagipun, Khatul adalah penjaga gol muda. Jadi penting untuk beliau mendapat peluang dan juga minit bermain.

Kami berpendapat Pahang sepatutnya mampu untuk menewaskan lawan mereka semalam. Namun, mereka bergelut dan gagall untuk berbuat demikian. Bagi Kuala Lumpur pula, mereka bermain dengan baik dengan berjaya menyerap segala asakan Pahang dan berjaya memecahkan benteng pertahanan lawan. Namun, ada beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan lagi.

Apa pendapat anda mengenai persembahan pasukan Pahang yang dilihat tidak bermain seperti biasa pada perlawanan semalam ? Adakah perkara tersebut menyebabkan mereka kehilangan tiga mata ?

Dan mampukah Kuala Lumpur mengekalkan momentum apabila mereka akan menghadapi Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua sabtu ini ?

Baca Juga: Pahang Mahu Kejar Pasukan Pendahulu

Leave a Reply