Sumber Gambar: Perak TBG

Pasukan Perak berjaya menewaskan adik mereka iaitu PKNS FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan Liga Super 2018 di Stadium Negeri Pulau Pinang. perak dilihat lebih dominan apabila barisan serangan mereka kerap mengasak kubu pertahanan PKNP.

Dua gol pada separuh masa pertama yang dijaringkan oleh Wander Luiz dan Nasir Basharudin nyata sudah cukup untuk memberikan Perak 3 mata penuh. Lawan mereka dilihat tidak bermaya untuk melancarkan gerakan serangan ke kubu pertahanan Perak.

Hanya saja kesilapan pemain pertahanan, Robert Corthwaite pada separuh masa kedua yang gagal untuk membaca pergerakan penyerang PKNP, Shahrel Fikri membenarkan ketua pasukan PKNP tersebut menjaringkan satu gol.

Bagi PKNP FC pula, mereka gagal untuk memberi saingan terhadap abang mereka pada perlawanan semalam. Barisan pemain PKNP sedikit mengecewakan terutamanya di bahagian pertahanan. Gol pertama yang dijaringkan oleh Wander Luiz sepatutnya tidak berlaku sekiranya mereka mengeluarkan bola dengan lebih jauh.

Barisan serangan PKNP pula gagal untuk sekurang-kurangnya memberikan ancaman kepada barisan pertahanan Perak. Mereka bergantung sepenuhnya kepada situasi bola mati dan juga kesilapan individu untuk mencari peluang menjaringkan gol.

Dengan kemenangan ini, Perak menduduki tangga keempat manakala PKNP FC menduduki tangga kesembilan dengan enam mata. Satu mata dibezakan dengan pasukan Kelantan yang berada di tangga kesebelas.

Banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh Abu Bakar Fadzim bagi mengelakkan kesilapan sama berlaku pada perlawanan akan datang. Terutamanya di barisan serangan kerana mereka dilihat sangat tumpul pada perlawanan semalam. Abu Bakar harus mencari cara untuk dua penyerang import pasukan Yeon Gi-sung dan Keo Shokpeng membantu Shahrell Fikri di bahagian serangan.

Bagi pasukan Perak pula, mereka harus mengekalkan rentak semasa bagi membolehkan pasukan lebih dominan pada perlawanan akan datang.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan Perak ke atas adik mereka iaitu PKNP FC ? Mampukah anak-anak buah Mehmet Durakovic mengekalkan momentum kemenangan ini ?

Dan mampukah PKNP FC bangkit pada perlawanan seterusnya ?

Baca Juga: Bubar Je Daripada Menyusahkan Orang Lain

Leave a Reply