Sumber Gambar: Kelantan FA

Pada perlawanan pertama Fajr Ibrahim sebagai pengendali Kelantan minggu lalu, beliau memberi peluang kepada dua pemain muda iatu penjaga gol, Fikri Che Soh dan pemain tengah, Nik Akif Syahiran. Dan kedua-dua pemain ini beraksi cemerlang!

Penulis menyangka Fajr akan menurunkan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat atau penjaga gol kedua, Ramadhan Hamid dalam perlawanan sulung beliau ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan. Namun, Fajr membuat kejutan apabila beliau memilih penjaga gol berusia 20 tahun untuk mengawal pintu gol pasukan.

Fikri beraksi baik dengan membuat beberapa aksi menyelamat yang menafikan percubaan pemain Negeri Sembilan. Walaupun melepaskan satu gol awal pada minit ke-7, namun Fikri berjaya menebus kesilapan beliau dengan aksi menarik pada baki 80 minit.

Seorang lagi pemain muda yang diturunkan, Nik Akif Syahiran juga menunjukkan persembahan yang baik minggu lalu. Berkat persembahan baik Nik Akif, beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan separuh masa kedua untuk memberikan satu mata kepada Fajr Ibrahim dalam perlawanan sulung beliau.

Penulis berpendapat kedua-dua pemain muda ini mempunyai potensi yang besar untuk menyinar bersama pasukan Kelantan pada masa hadapan. Dengan syarat kedua-dua pemain ini harus diberikan peluang yang secukupnya untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Berikan mereka berdua minit bermain yang cukup dan juga turunkan mereka dalam perlawanan yang kompetitif. Dua elemen ini amat penting untuk Fikri Che Soh dan Nik Akif bagi meningkatkan lagi corak permainan mereka.

Kehadiran Fikri dan juga Nik Akif untuk memberikan nafas baru kepada pasukan Kelantan yang sekian lama dibarisi oleh kuda tua dalam tiga musim terakhir. Jsdisudah tiba masanya mereka mempunyai kumpulan pemain muda yang akan membarisi kesebelasan utama pada masa akan datang.

Apa pendapat anda mengenai persembahan yang ditunjukkan oleh Nik Akif Syahiran dan Fikri Che Soh bersama pasukan Kelantan setakat ini ? Mampukah kedua-dua pemain ini menyinar di bawah bimbingan Fajr Ibrahim ?

Baca Juga: Nik Akif Penyelamat Maruah Fajr Ibrahim!

Leave a Reply