Sumber Gambar: Pulse.ng

Semenjak penyerang utama, Francis Forkey Doe mengalami kecederaan, peminat tertanya-tanya tentang siapakah yang akan menggantikan beliau dalam kesebelasan utama pasukan Pahang. Baru-baru ini, bekas penyerang Kelantan, Austin Amutu dikhabarkan berada dalam radar pasukan Pahang untuk menggantikan Forkey Doe.

Jurulatih Pahang, Dollah Saleh telah membuat beberapa eksperimen di bahagian serangan dengan ketiadaa Forkey Doe. Beliau telah meletakkan Patrick Cruz bergandingan dengan Mohmadou Sumareh pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim. Namun, gandingan keduanya tidak berfungsi dengan baik.

Kemudian Dollah menggandingkan Patrick bersama penyerang muda, R.Kogieswaran pada perlawanan menentang Kuala Lumpur. Pada mulanya gandingan kedua-dua pemain ini nampak goyah. Namun mereka berjaya membentuk satu gandingan yang baik pada separuh masa kedua.

Bagi Austin Amutu pula, nama beliau tidak saing lagi dalam saingan Liga Malaysia kerana beliau pernah mewakili Kelantan pada musim 2015. Ketika bersama Kelantan, Austin berjaya membantu pasukan layak ke perlawanan akhir Piala FA tetapi tewas di tangan Lions XII.

Austin juga berjaya menjaringkan 8 gol selama semusim bersama Kelantan ketika itu. Beliau membentuk satu gandingan yang baik bersama Gilmar Da Silva di bahagian serangan ketika itu.

Kami berpendapat jika benar Pahang mahu membawa masuk Austin, maka ini merupakan satu pengganti yang baik kerana gaya permainan yang dimiliki oleh Austin tidak jauh berbeza dengan Forkey Doe. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Apa yang tinggal hanyalah membentuk satu chemistry bersama Patrick Cruz di bahagian hadapan. Ini amat penting untuk Pahang kerana mereka ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Liga, JDT ketika ini.

Apa pendapat anda mengenai Austin Amutu yang dikhabakan berada dalam radar pasukan Pahang untuk menggantikan Francis Forkey Doe yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan ? Adakah beliau pengganti yang sesuai untuk mengisi tempat Forkey Doe ?

Atau Pahang perlu mencari seorang penyerang yang lebih tajam di hadapan gol bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan penyerang utama mereka ?

Baca Juga: Issey Nakajima Ganti Forkey Doe ?

Leave a Reply