Sumber Gambar: Bola.net

Baru-baru ini terdapat satu insiden yang agak mengerikan apabila penyokong pasukan Arema FC dari pasukan Liga 1 Indonesia tidak dapat mengawal emosi ketika pasukannya menjamu Persib Bandung di Stadium Kanjuruhan, Malang pada Ahad lepas. Aremania, gelaran bagi supporter pasukan Arema FC telah meyerbu masuk ke dalam padang sebagai bentuk protes yang kemudian diiringi dengan tembakan gas air mata oleh petugas keselamatan. Sebelumnya, ada salah satu penyokong yang memanjat pagar penghalang ‘tribune‘ dari arah padang dan kemudian menumbuk penyokong yang lain. Disebabkan insiden tersebut penyokong lain juga berusaha mengejarnya. Berikut antara video yang kita dapat saksikan.

Kredit video: Youtube Mas Moteng

Berikutan dengan insiden itu membawa kepada insiden yang lebih besar. Antara salah satu sebab juga adalah petugas keselamatan yang melakukan kekasaran ketika menghalang penyokong. “Kami sudah sepakat untuk menggantikan petugas perlawanan. Ada cadangan untuk mengambil petugas daripada Aremania,” kata CEO Arema, Iwan Budianto seperti dilaporkan Bola.com.

Bagi penulis, ini adalah satu usaha yang positif buat penyokong Aremania bagi menjaga disiplin serta keselamatan penyokongnya terutama di kawasan mereka di dalam stadium. Mereka pasti tahu apa yang akan mereka lakukan dan mendengar arahan dari ‘leader‘ mereka dan ahli Aremania sendiri mengawal rakannya masing-masing. Dikhabarkan juga petugas keselamatan yang baru akan dipilih sebelum perlawanan antara Arema FC dengan Persipura Jayapura pada hari Jumaat ini.

Sebelum ini, pasukan Arema FC telah bekerjasama dengan Profesional Guard Malang (PGM) untuk mengawal penyokong ketika menjelangnya hari perlawanan. Petugas dari PGM dikatakan memang sudah berpengalaman mengawal keselamatan di pelbagai acara termasuk acara bolasepak, namun kejadian minggu lalu telah mengejutkan seluruh pencinta bolasepak di seluruh Indonesia mahupun luar negara.

Penulis berharap agar petugas keselamatan yang baru nanti dapat mengawal serta menjaga perpaduan antara penyokong yang lain tanpa termakan provokasi dari pihak lain. Ingat! bolasepak itu menyatukan, bukan memecah-belahkan. Tanpa penyokong bolasepak tiada lagunya, tanpa penyokong bolasepak juga ibarat pemain bermain sorang-sorang.

Bagi pandangan anda sebagai peminat bolasepak, setuju atau tidak untuk memilih petugas keselamatan dari kalangan penyokong sendiri ? Mampukah petugas ini dapat mengawal kesemua penyokong dalam satu-satu perlawanan yang besar ? Atau wajarkah jika ianya di lakukan pada perlawanan liga kita ? Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruangan komen di bawah.

Sumber info: suryamalang.tribunnews & football tribe

Leave a Reply