Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

Kelab Vietnam, Song Lam Nghe An FC hanya memerlukan seri untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC tahun ini. Penolong jurulatih, Nguyen Huy Hoang menegaskan kepada pasukannya agar tetap turun dengan misi mengaut kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan H menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Beliau hadir dalam sidang media bagi menggantikan ketua jurulatih,  Nguyen Duc Thang yang terpaksa pulang ke Ho Chin Minh berikutan masalah pasport. Beliau mengatakan bahawa peluang pasukannya untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam Zon ASEAN sudah terjamin kerana mempercayai atas kebolehan pasukannya yang kini menjadi selaku pasukan kedua terbaik dalam kumpulan H jika seri menentang pasukan JDT.

Beliau juga berkata hanya memerlukan satu mata sahaja dan akan memberikan aksi sehabis mungkin terhadap JDT , andai pasukan dari kelab Vietnam ini menang, sudah pasti ianya bonus buat mereka. Pasukan JDT kebelakangan ini agak terkapai-kapai dalam saingan di dalam negara mahupun di luar negara. Jadi sudah pasti, pasukan Song Lam Nghe An FC ini akan memberikan cabaran yang sedikit susah buat pasukan JDT.

Kesemua pemain kelab Vietnam itu akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka malam esok kerana pemain mereka ‘free from injury‘ sudah pasti akan menambahkan lagi cabaran buat pasukan JDT yang masih tercari-cari rentak oleh jurulatih mereka, Raul Longhi. Selain itu, pasukan Song Lam Nghe An FC juga akan diperkuatkan oleh tiga pemain kebangsaan mereka meskipun telah menang dua gol tanpa balas pada saingan pusingan pertama Kumpulan H.

Song Lam Nghe An FC kini berkongsi 10 mata dengan pasukan dari kelab Indonesia, Persija Jakarta yang berada di kedudukan teratas Kumpulan H yang dipisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja. Song Lam Nghe An FC dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memburu slot tempat kedua terbaik dalam Zon ASEAN dan pastinya mereka juga mengharapkan Persija Jakarta tewas kepada Tampines Rovers.

Bagi pasukan JDT, sudah pasti ini adalah perlawanan titik terakhir jika mereka tewas dalam saingan ini. Kami berharap agar pasukan JDT menurunkan kesebelasan terbaik mereka dan mengatur strategi baru di samping mencari kelemahan pasukan lawan. Para penyokong juga diharapkan dapat sama-sama turun ke stadium dan menjadi orang ke 12 untuk menjadikan pasukan anda ‘on fire‘! Diharapkan pasukan yang mewakili nama negara ini akan menang dan wajib menjaringkan gol yang besar agar pintu kedua terbuka buat pasukan JDT.

Apakah pandangan anda terhadap pasukan JDT ? Mampukah JDT mengutip kemenangan atau tewas kali kedua di halaman sendiri ? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Baca Juga: JDT Wajib Menang Hari Ini

Leave a Reply