Sumber Gambar: Football Tribe

Penyerang muda pasukan Kedah, Zafuan Azeman akan terbang ke Korea Selatan bagi menjalani ujian selama dua minggu bersama kelab yang beraksi di K3 League iaitu Yangju Citizen Football Club. Jika berjaya tampil cemerlang sepanjang tempoh percubaan, Yangju juga menawarkan kontrak profesional kepada penyerang berusia 19 tahun ini.

Nama Zafuan Azeman menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia apabila beliau beraksi dengan baik ketika membantu skuad bawah 19 tahun layak ke temasya Piala Asia Bawah 19 Tahun di Indonesia pada Oktober ini. Dalam peringkat kelayakkan di Korea tempoh hari, Zafuan berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan pasukan Brunei 1-0.

Persembahan baik yang ditunjukkan oleh Zafuan nyata menarik minat beberapa kelab di Korea untuk mendapatkan khidmat beliau. Antara kelab tersebut adalah Yangju Citizen FC yang sudah memantau persembahan Zafuan sejak daripada peringkat kelayakkan di Korea lagi.

Tempoh percubaan selama dua minggu ini wajib digunakan dengan sebaik mungkin oleh Zafuan untuk menunjukkan kebolehan beliau. Peluang untuk menjalani percubaan bersama pasukan luar negara seperti ini jarang diperolehi oleh pemain muda negara kita.

Kami berpendapat tempoh percubaan ini adalah satu perkara yang bagus memandangkan beliau tidak mencapat perhatian yang cukup ketika bersama Kedah. Kita jarang melihat kelibat Zafuan dalam pasukan Piala Presiden Kedah, apatah agi dalam pasukan utama.

Pencapaian yang diraih oleh Zafuan ini juga boleh dijadikan sebagai pembakar semangat kepada pemain muda yang lain di dalam negara untuk meningkatkan lagi tahap permainan dan juga prestasi mereka bagi membolehkan kelab luar negara berminat dengan khidmat mereka.

Diharapkan pemain muda yang lain seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Hadi Fayyadh boleh mengikuti jejak langkah Zafuan. Penting untuk mereka mendapat pendedahan yang cukup kerana pemain muda inilah yang akan menjadi harapan utama negara pada masa akan datang.

Apa pendapat anda mengenai tempoh percubaan yang diperoleh Zafuan Azeman bersama Yangju Citizen FC ? Mampukah beliau menyinar sekaligus mendapat kontrak profesional bersama Yangju ?

Baca Juga: Kekalkan Momentum Ini, Akhyar Dan Safawi

Leave a Reply