Sumber Gambar: Goal.com

Pasukan bawah 16 tahun kendalian Lim Teog Kim mempunyai peluang cerah untuk layak ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru tahun hadapan apabila diletakkan di dalam satu balang bersama pasukan seperti Jepun, Iran dan juga Iraq dalam kempen kelayakkan.

Malaysia diletakkan di dalam balang pertama bermakna kita akan menjadi tuan rumah di samping pasukan Jepun, Iraq dan Iran. Pasukan Malaysia akan diwakili oleh pemain dari National Football Development Program (NFDP) bagi mengharungi cabaran peringkat kelayakkan.

Sebelum ini, pasukan bawah 16 tahun negara bimbingan S.Balachandran hampir layak ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 tahun pada 2015 di Chile. Namun, Malaysia tewas kepada pasukan Australia pada peringkat suku akhir dengan keputusan 2-1.

Kami berpendapat ada baiknya kita diletakkan dalam satu balang bersama pasukan seperti Jepun, Iraq dan juara bertahan, Iran. Ini kerana kita tidak perlu menghadapi mereka yang kita sedia maklum mempunyai kualiti yang lebih baik. Namun, pasukan negara juga tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan-pasukan lain.

Pasukan seperti Korea Selatan dan Korea Utara mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tak lupa juga pasukan daripada Asia Tenggara yang lain sepertii Indonesia, Vietnam dan Thailand. Kemungkinan untuk kita berada dalam satu kumpulan dengan tiga pasukan Asia Tenggara ini juga terbuka kerana mereka diletakkan dalam balang dua, tiga dan empat.

Walau apa pun, ini adalah peluang terbaiik untuk pasukan bawah 16 tahun negara mencipta sejarah dengan layak ke temasya di Peru pada tahun hadapan. Apa yang perlu dilakukan adalah para pemain perlu bekerja keras daripada sekarang bagi memberikan saingan dalam peringkat kelayakkan.

Harus diingat, hanya pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir saja yang akan mendapat slot automatik ke kejohanan tahun hadapan. Jadi, amat penting untuk anak-anak buah Lim Teong Kim untuk melepaskan diri daripada saingan kumpulan kelak.

Apa pendapat anda mengenai peluang Malaysia dalam peringkat kelayakkan untuk tmasya Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru tahun hadapan ? Mampukah anak-anak muda kita layak ?

Baca Juga: Pendedahan Yang Baik Untuk Pemain Muda

Leave a Reply