Sumber Gambar: JST

Peringkat separuh akhir Zonal Asean Piala AFC edisi kali ini akan berlangsung tanpa penglibatan pasukan dari Liga Malaysia setelah satu-satunya pasukan, Johor Darul Ta’zim gagal untuk melepasi peringkat kumpulan. Di sini, penulis berpendapat pemain sedia ada dalam pasukan JDT tidak layak untuk bermain di Asia Champions League.

Jika JDT berjaya muncul juara Liga Super musim ini, maka mereka akan layak secara automatik ke pertandingan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan. Saingan dalam ACL sudah pasti jauh lebih sukar berbanding saingan dalam pertandingan Piala AFC.

Jika JDT bermain dalam saingan ACL tahun hadapan, mereka harus menukar barisan pemain sedia ada dalam pasukan ketika ini. Pemain sedia ada tak mampu nak beri saingan dalam Piala AFC. Apatah lagi dalam Liga Juara-Juara Asia. Memang jadi pasukan belasahan la nanti.

Bahagian yang paling kritikal sekali dan memerlukan sepenuh perhatian ialah di bahagian serangan. JDT ketika ini tidak mempunyai penyerang utama yang mampu untuk bermain dengan baik. Dua penyerang dalam pasukan, Luciano Figueroa dan Hazwan Bakri dilihat tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab dengan baik.

Selain bahagian serangan, penulis berpendapat JDT juga perlu mengukuhkan lagi bahagian pertahanan. Marcos Antonio dan Aidil Zafuan dilihat telah melepasi zaman gemilang mereka. Kedua-dua pemain dah tak sekebal dulu. Sudah-sudahlah turunkan mereka dalam pasukan utama.

JDT juga perlu menilai semula persembahan pemain yang sudah memasuki usia 30 tahun ke atas. Ini kerana penulis melihat beberapa pemain berusia 30 tahun ke atas ini tidak memainkan peranan dalam pasukan atau senang kata tidak berfungsi.

Banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim untuk memberikan saingan sekiranya mereka layak untuk bermain dalam saingan Asia Champions League. Mereka tidak boleh mengharapkan pemain sedia ada untuk memberikan saingan kepada pasukan seperti Gamba Osaka dan Shanghai SIPG.

Perubahan perlu dilakukan untuk memastikan pasukan kekal relevan dan mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa sekaligus mengharumkan nama Liga Malaysia terutamanya.

Baca Juga: Kempen Terburuk JDT Dalam Empat Edisi

Leave a Reply