Sumber Gambar: Stadium Astro

Penyerang muda negara, Zafuan Azeman dijadualkan akan memulakan ujian bersama kelab yang beraksi di Divisyen Tiga K3 League, Yangju Citizen FC pada esok. Di sana, Zafuan akan menjalani ujian selama dua minggu. Jika tampil cemerlang, maka Zafuan mempunyai peluang cerah untuk memperoleh kontrak profesional bersama Yangju.

Zafuan mula menarik minat Yangju Citizen ketika kempen kelayakkan AFC Bawah 19 Tahun di Korea tempoh hari. Aksi baik beliau di barisan serangan negara disamping seorang lagi penyerang muda berpotensi, Hadi Fayyadh nyata tidak membuat Yangju berfikir dua kali untuk memberikan peluang kepada Zafuan untuk menyinar.

Walaupun Yangju beraksi dalam saingan Divisyen Tiga, namun ini bukanlah menjadi masalah kerana apa yang kita mahukan adalah Zafuan mendapat pendedahan yang berbeza berbanding Liga Malaysia. Suasana dan juga persaingan dalam K League jauh berbeza dengan Liga Malaysia.

Zafuan boleh meningkatkan corak permainan beliau dengan bermain bersama barisan pemain yang lebih baik. Zafuan juga dapat menimba banyak pengalaman yang kelak boleh dimanfaatkan oleh beliau.

Sekarang ini, apa yang perlu dilakukan oleh Zafuan ialah memberi sepenuh perhatian beliau selama tempoh ujian di Yangju. Lupakan perkara yang boleh menjejaskan tumpuan selama berada di Yangju. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk melihat anak Malaysia bermain di Liga luar negara.

Dan jika Zafuan terpilih dan mendapat kontrak profesional nanti, diharapkan beliau tidak mengikuti jejak langkah pemain lain yang pernah beraksi di luar negara, namun memutuskan untuk pulang ke tanah air kerana homesick atau rindukan kelazatan nasi lemak.

Zafuan harus berusaha untuk belajar dengan gaya hidup serta budaya tempatan agar mudah untuk beliau menyesuaikan diri dan tinggal lebih lama di Korea.

Sean Eugene Selvaraj

Apa pendapat anda mengenai penyerang muda negara, Zafuan Azeman yang akan memulakan ujian bersama Yangju Citizen Football Club esok ? Mampukah beliau menunjukkan persembahan terbaik sekaligus mendapat kontrak profesional bersama pasukan Divisyen Tiga K3 League tersebut ?

Baca Juga: Zafuan Azeman Akan Terbang Ke Korea

Leave a Reply