Sumber Gambar: Goal.com

Pasukan Malaysia diletakkan dalamkumpulan A dalam undian temasya Piala AFF Suzuki 2018 yang diadakan sebentar tadi. Dalam kumpulan A tersebut, pasukan negara kita akan dicabar oleh pasukan Vietnam, Myanmar, Kemboja dan pasukan Laos.


Sumber Gambar: AFF

Undian kali ini sama sepertimana temasya edisi lalu. Hanya penambahan pasukan kelima menjadi perbezaan dalam edisi kali ini. Jika kita melihat kepada persaingan dalam kumpulan A, kami berpendapat persaingan yang seimbang dan mana-mana pasukan mampu untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Bagi pasukan Malaysia, perlawanan menentang Kemnoja dan Laos adalah perlawanan wajib untuk mengutip kemenangan. Akan tetapi, kita tidak boleh memandang rendah cabaran kedua pasukan terutamanya pasukan Kemboja dimana kita hampir saja dimalukan pada perlawanan edisi 2016 yang menyaksikan kita menang 3-2.

Perlawanan menentang Vietnam dan Myanmar akan menjadi decider sama ada kita boleh layak ke peringkag separuh akhir atau tidak. Ini kerana mereka mempunyai barisan pemain dan juga corak permainan yang lebih baik daripada pasukan negara kita. Jadi ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe harus memberikan tumpuan yang lebih kepada dua perlawanan ini.

Apa yang pasti, peminat bola sepak negara mengharapkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe melupakan tragedi ketika edisi 2016 apabila kita gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir. Sebelum temasya 2016, Malaysia tidak pernah gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam 3 edisi terakhir.

Di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe dan set of players yang baru, harapan pasukan kebangsaan kita untuk mara ke peringkat separuh akhir dilihat terbuka. Apa yang diperlukan oleh pasukan negara ialah beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memperkuat keserasian diantara pemain serta corak permainan ketua jurulatih.

Apa pendapat anda mengenai pasukan Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan A disamping Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos ? Mampukah pasukan negara kita melepasi cabaran kumpulan dan mara ke peringkat separuh akhir setelah gagal berbuat demikian pada edisi 2016 lalu ? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca Juga: Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 Dan Perubahan Formatnya

Leave a Reply