Sumber Gambar: MFL

Kecemerlangan pemain muda Kelantan minggu lalu masih lagi menjadi bualan peminat bola sepak negara. Nama Nik Akif Syahiran dan Nik Azli Nik Alias menjadi pemain yang mendapat perhatian ramai. Namun, ada satu nama yang menurut penulis wajar diberi perhatian sama seperti dua pemain di atas. Pemain tersebut adalah Daniel Haqim.

Daniel Haqim diletakkan di posisi pemain tengah ketika Kelantan mengutip kemenangan minggu lalu. Aksi beliau sedikit-sebanyak mengingatkan penulis kepada bekas pemain tengah Kelantan iaitu Shakir Shaari. Tidak jauh beza gaya permainan Daniel dengan Shakir sewaktu era kegemilangan beliau bersama Kelantan.

Menurut penganalisis Inikan Bola yang berkongsi pendapat beliau dengan penulis, hanya ada satu perbezaan diantara Daniel dengan Shakir. Perbezaan tersebut ialah positioning kedua-dua pemain. Shakir dilihat gemar untuk berada sedikit deep di bahagian tengah dan juga gemar untuk menghantar bola ke bahagian tepi.

Bagi Daniel pula, beliau dilihat lebih gemar untuk menjalankan tugas sebagai destroyer di bahagian tengah. Anda boleh lihat ketika perlawanan menentang Kuala Lumpur dimana barisan tengah pasukan Kelantan dilihat mudah untuk mematahkan gerakan serangan pasukan lawan.

Kelebihan yang dimiliki oleh Daniel ini sedikit sebanyak membantu Nik Akif dan Nik Azli untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka bagi membantu jentera serangan. Kedua-dua pemain ini tidak perlu risau kerana dibelakang mereka sudah ada pemain yang boleh cover mereka.

Jika Daniel Haqim terus diberi kepercayaan dan juga peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama, tidak mustahil Daniel boleh meningkatkan gaya permainan beliau menjadi lebih baik sekaligus membantu pasukan Kelantan.

Hal ini juga baik untuk pasukan negara kita kerana ketika ini, pasukan negara sedang dalam proses peralihan daripada penggunaan kuda tua kepada penggunaan pemain muda. Di bahagian tengah, kita sudah ada Nor Azam Azih, Nazmi Faiz Mansor dan Akram Mahinan yang dilihat mampu untuk menggalas cabaran.

Dengan adanya Daniel Haqimi, maka Tan Cheng Hoe mempunyai banyak pilihan posisi tersebut.

Baca Juga: Ubi Muda Kelantan Memang Menjadi

Leave a Reply