Sumber Gambar: Wales Online

Kecoh satu Malaysia apabila kelab Kejuaraan EFL, Cardiff City berjaya menduduki tempat kedua dan layak ke saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan. Ini kerana kelab tersebut dimiliki oleh taikun terkenal dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan. Selain itu, penjaga gol mereka iaitu Neil Etheridge yang berdarah England-Filipina juga menjadi sorotan kerana beliau menjadi penjaga gol utama. Penjaga gol kita bila lagi nak main untuk kelab ternama ?

Mari kita bincangkan sedikit tentang perjalanan karier penjaga gol yang kini mewakili pasukan kebangsaan Filipina ini. Neil Etheridge memulakan karier bola sepak beliau bersama akademi Chelsea bermula pada tahun 2003. Pada 2006, beliau kemudiannya menyertai akademi Fulham. Etheridge bersama akademi Fulham selama dua tahun sebelum diserapkan ke pasukan utama.

Setelah itu, Etherdige kemudiannya menyertai beberapa kelab di divisyen bawahan Liga bola sepak England seperti Crewe Alexandra dan Oldham Athletic. Pada awal musim ini, Etheridge menyertai Cardiff City dan berjaya menjadi pilihan utama bagi posisi penjaga gol.

Apabila Cardiff beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan, Etheridge akan menjadi pemain Filipina pertama yang bermain di Liga paling berprestij di dunia itu. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa memandangkan Etheridge juga berjaya membantu Filipina mara ke temasya Piala Asia tahun hadapan.

Menurut penulis, penjaga gol negara terutamanya penjaga gol muda seperti Haziq Nadzli dan Ifwat Akmal boleh menjadikan pencapaian Neil Etheridge ini sebagai satu inspirasi untuk mereka beraksi dengan lebih baik.

Bila lagi kita nak melihat penjaga gol Malaysia beraksi untuk kelab ternama di eropah dan juga dunia. Sekarang ini adalah waktu yang sesuai untuk penjaga gol muda kita meningkatkan tahap permainan mereka untuk menarik minat kelab luar negara bagi menandatangani khidmat mereka.

Penulis juga mahu mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Vincent Tan di atas kejayaan pasukan beliau layak ke saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Baca Juga: Johan Dion Cools Hampiri Skuad Senior Belgium!

Leave a Reply