Sumber Gambar: Football Tribe

Pemain import sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia yang tercinta ini. Bukan saja di Malaysia, tetapi di Liga seluruh dunia juga mempunyai pemain import. Dan lambakan pemain import ini telah menimbulkan pertanyaan di kalangan peminat bola sepak negara. Adakah pemain tempatan bakal tenggelam ? Tidak jika diberi peluang.

Posisi serangan adalah posisi yang menjadi kegemaran semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia untuk diisi dengan pemain import. Dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, barisan serangan semua pasukan dibarisi oleh pemain import. Carta penjaring terbanyak juga dikuasai oleh penyerang luar negara.

Setakat ini, penyerang tempatan yang menjadi penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super ketika ini ialah penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid yang berjaya menjaringkan 3 gol. Safawi merupakan antara penyerang tempatan yang menyerlah dalam saingan Liga setakat ini.

Penulis berpendapat Safawi boleh menunjukkan prestasi yang baik kerana beliau diberi peluang oleh jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Selain memberi peluang, Raul Longhi juga memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk membawa cabaran pasukan.

Perkara ini yang selalu terlepas pandang dikalangan jurulatih pasukan dalam Liga Malaysia. Mereka mempunyai kecenderungan untuk bergantung sepenuhnya terhadap pemain import. Hanya beberapa jurulatih saja yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap pemain import.

Penyerang tempatan kita sebenarnya mampu untuk beraksi dengan baik. Apa yang diperlukan oleh mereka ialah peluang untuk menunjukkan apa yang mereka ada. Bukannya diperap di bangku simpanan dan kemudiannya berkarat.

Kalau penyerang yang sudah berusia tu fahamlah. Tetapi untuk penyerang muda, diletakkan di bangku simpanan dan hanya dimainkan dalam sepuluh atau lima minit terakhir perlawanan, hal tersebut sama sekali tidak membantu. Malah menjahanamkan perkembangan mereka.

Jadi, ketua jurulatih pasukan dalam Liga Malaysia harus mula memberi peluang serta meletakkan sepenuh kepercayaan mereka terhadap pemain muda. Ini untuk memastikan pasukan kebangsaan kita tidak ketandusan penyerang untuk mewakili pasukan di pentas antarabangsa.

Baca Juga: Beri Peluang Kepada R.Kogileswaran

Leave a Reply