Sumber Gambar: The Star

Liga Malaysia telah menyaksikan beberapa pemain asing yang meninggalkan impak terhadap bola sepak Malaysia. Di sini, kami akan senaraikan kepada anda 5 pemain bertaraf bintang yang pernah bermain dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini.

1. Pablo Aimar
Pemain bintang dari Argentina ini menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2013 ketika kelab tersebut mula diambil alih oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Meskipun tempoh beliau bersama JDT singkat, namun kehadiran pemain yang pernah beraksi dalam temasya Piala Dunia bersama Argentina ini sedikit-sebanyak berjaya menarik penonton.

2. Tony Cotte
Penyerang England ini datang ke bumi Selangor pada tahun 1996. Beliau hanya bermain satu musim bersama Gergasi Merah. Walaupun tempoh Cotte bersama Selangor hanya satu musim, namun beliau berjaya membantu Selangor memenangi Piala FA pada 1997.


Sumber Gambar: Che Din

3. Emile Mbouh-Mbouh

Sumber Gambar: Che Din

Pemain yang pernah tampil dalam dua edisi Piala Dunia bersama Cameroon ini mewakili pasukan Perlis ketika pertama kali beliau menjejakkan kaki ke Malaysia pada 1995. Selain pernah mewakili pasukan Perlis, Mbouh Mbouh juga pernah mewakili pasukan Sabah dan Kuala Lumpur.

4. Dani Guiza

Sumber Gambar: Harimauselatan.tv

Siapa yang masih ingat dengan pemenang UEFA Euro 2008 bersama pasukan kebangsaan Sepanyol ini ? Dani Guiza menyertai JDT pada awal musim 20013 disamping bekas pemain sayap Lazio, Simone Del Nero ketika itu. Akan tetapi, Duiza hanya bertahan sehingga pertengahan musim dan beliau hanya menjaringkan 6 gol bersama JDT. Tak padan betul dengan kenyataan beliau yang pernah bertanya kepada peminat berapa gol yang mereka mahukan dari beliau.

5. Chris Kiwomya

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Sama seperti Tony Cotte, bekas bintang Arsenal ini hanya mewakili pasukan Selangor selama satu musim iaitu pada 11997. Ketika bersama Selangor, Kiwomya berjaya membantu Selangor memenangi Piala Malaysia pada 1997.

Pemain bertaraf bintang mana yang masih lagi segar dalam ingatan anda ? Adakah pemain ketika era semi pro dulu ? Ataupun pemain zaman moden ?

Baca Juga: Ada Benarnya Kata-Kata Roberto Carlos

Leave a Reply