Sumber Gambar: JST

Pengarah sukan Johor Darul Ta’zim, Martin Prest telah mengesahkan bahawa bekas pemain Pahang, Kiko Insa telah menyertai pasukan di samping dua pemain import iaitu Harry Novillo dan Jorge Santos Silva. Di sini kami mempunyai pertanyaan. Adakah Kiko Insa adalah pemain yang tepat buat pasukan JDT?

Kiko akan menyertai abang beliau iaitu Natxo bagi membawa cabaran pasukan JDT untuk baki musim ini. Kiko berkemungkinan besar bakal diletakkan di bahagian pertahanan. Besar kemungkinan Kiko akan diturunkan dalam kesebelasan utama di samping Marcos Antonio di bahagian pertahanan tengah.

Jika kita melihat kepada corak permainan Kiko, beliau ini gemar untuk membuat bentesan dan selalu bertindak melulu. Lihat saja insiden yang melibatkan beliau ketika mewakili pasukan Pahang musim lalu.

Kami berpendapat Kiko bukanlah pemain yang tepat untuk membarisi pasukan Johor Darul Ta’zim. Ini kerana gaya permainan beliau yang kasar boleh merugikan pasukan.

Kami merasakan JDT boleh menandatangani pemain lain yang lebih berkaliber dan juga mampu untuk beraksi secara konsisten. Jika JDT mahukan pemain pertahanan, masih ramai pemain pertahanan tempatan yang dilihat sesuai untuk beraksi bersama JDT.

Akan tetapi, mungkin Raul Longhi mempunyai perancangan beliau yang tersendiri. Mungkin Kiko Insa ini sesuai untuk digunakan dalam perancangan beliau.

Walau apa pun, Kiko harus merubah corak permainan beliau jika mahu diturunkan secara kerap dalam kesebelasan utama. Jangan membuat terjahan keras dan juga harus bermain dengab lebih tenang agar tidak merugikan pasukan.

Selain mengumumkan penyertaan Kiko Insa, Martin Prest juga mengumumkan bahawa dua pemain yang berada di Portugal ketika ini, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan akan kembali ke JDT apabila tempoh pinjaman tamat.

Apa pendapat anda mengenai Kiko Insa yang telah sah menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim pada jendela perpindahan kedua kali ini? Adakah beliau pemain yang tepat untuk membarisi pasukan JDT?

Atau JDT sepatutnya menandatangani pemain yang lebih baik berbanding Kiko Insa? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami?

Baca Juga: Layak Ke Kiko Insa Main JDT ?

Leave a Reply