Sumber Gambar: Selangor Football

Untuk pengetahuan semua, Pusingan Akhir Selangor Grassroots League (SGL2018) anjuran Football Selangor yang merupakan hasil buah fikiran DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal berlangsung di Stadium Mini Shah Alam bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang 12 Mei nanti.

Jadi apa yang menarik di Pusingan Akhir Selangor Grassroots League 2018 nanti? Baca artikel ini untuk mengetahuinya.

1. Pertama Di Selangor

Sumber Gambar: Football Selangor

Pusingan Akhir Selangor Grassroots League merupakan kejohanan akar umbi yang mengumpulkan juara-juara kawasan di seluruh Selangor bagi merebut kejuaraan Selangor Grassroots League 2018. Pemenang di setiap kawasan akan dibawa ke peringkat akhir bagi menentukan siapa pemenang utama.

Sebanyak 255 pasukan dari 11 kawasan di seluruh Selangor telah melibatkan diri bagi edisi ini antaranya Gombak, Subang, Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat dan banyak lagi. Di hari final nanti, sebanyak 48 pasukan di bawah kategori bawah 10 dan 12 bakal berentap dalam memastikan siapakah juara sebenar Selangor Grassroots League 2018.

2. Mengetengahkan pemain-pemain perempuan

Sumber Gambar: Facebook, SUPERGIRLS Subang Jaya Community Sports Club

Selain daripada mencungkil bakat-bakat muda, SGL2018 turut mengetengahkan bakat adik-adik perempuan kita yang juga mempunyai kualiti dalam bermain bola sepak dengan. Bagi Football Selangor, peningkatan mutu bola sepak di peringkat akar umbi bukan sahaja perlu difokuskan kepada pemain lelaki, namun perhatian juga perlu diberikan kepada pemain-wanita.

Jadi di hari final nanti, Football Selangor telah menjemput 4 skuad bolasepak wanita untuk turut serta bertanding dalam kejohanan Selangor Grassroots League 2018. Ini adalah penting bagi memastikan masa depan skuad wanita Malaysia terjamin.

3. Bertemu lagenda negara

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan bekas jurulatih dan bekas pemain kebangsaan iaitu Datuk K. Rajagobal dan juga Safee Sali yang kini berkhidmat untuk pasukan PKNS FC. Nak bergambar, nak berswafoto, nak minta autograf daripada pemenang Piala AFF Suzuki 2010? Inilah masanya.

4. Untuk komuniti dari komuniti

Pada hari final nanti, turut diadakan sesi memperkenalkan kelab komuniti yang bakal bertanding bagi kempen Selangor Champions League 2018. Dikhabarkan juga bahawa akan ada gimik-gimik menarik daripada kelab komuniti bakal dipersembahkan. Sudah pasti ianya menarik.

5. Peluang bersemuka dengan Tengku Amir Shah.

Dan sebab utama juga yang terakhir adalah anda berpeluang untuk bertemu muka dengan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Tuanku RMS bakal turun bagi mencemar duli untuk menghadiri aksi final Selangor Grassroots League 2018. Jadi jangan melepaskan peluang untuk bertemu dengan Tuanku Raja Muda Selangor.

Sudah pasti kejohanan kali ini lebih besar berbanding musim lalu dengan lebih banyak penyertaan dan kategori umur. Jadi janganlah terlepas peluang untuk menghadiri kejohanan akar umbi terbesar di Selangor ini. Gerai jualan juga turut dibuka bagi pengunjung untuk mengisi perut dan membasahkan tekak.

Penulis mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak Selangor Football kerana sudi berkongsi artikel ini bersama penulis. Esok, penulis akan berkongsi dengan anda semua tentang mengapa usaha yang dilakukan ooleh Foootball Selangor ini patut dijadikan sebagai contoh ooleh negeri lain.

Jom kita memeriahkan Stadium Mini Shah Alam sabtu ini. Jumpa di sana!

Baca Juga: Pengalaman Sepanjang Supermokh 2017

Leave a Reply