Sumber Gambar: Team N9FC

Pasuka Negeri Sembilan diperkuat dengan dua pemain import baru apabila Angel Guirado dan Alex Moraes menyertai pasukan semalam bagi menggantikan pemain sayap, Prak Mony Udom dan pemain pertahanan, Renars Rode yang dilepaskan.

Angel Guirado mewakili pasukan Davao Aguilas dalam saingan Liga Filipina sebelum menyertai Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan di Sepanyol tetapi mempunyai kerakyatan Filipina. Guirado sebelum ini mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan La Liga bersama pasukan Deportivo La Coruna dan Atletico Madrid B.

Dalam karier bola sepak profesional Guirado, beliau telah mewakili sebanyak 23 kelab berbeza. Satu jumlah yang sangat besar buat penyerang yang berusia 33 tahun ini.

Bagi Alex Moraes pula, beliau sebelum ini beraksi bersama pasukan Pahang sebelum digugurkan pada awal musim untuk memberi laluan kepada seorang lagi pemain imoort, Francis Forkey Doe.

Moraes dibawa masuk untuk menggantikan Renars Rode yang terpaksa dilepaskan akibat daripada kecederaan yang dialami.

Kehadiran dua pemain import baru ini bertujuan untuk memperkuatkan pasukan bagi segera keluar daripada zon penyingkiran. Pasukan Negeri Sembilan dilihat sering keciciran mata kerana prestasi pemain yang tidak konsisten terutamanya pemain import.

Kami menjangkakan pasukan Negeri Sembilan akan membawa satu atau dua pemain import lagi bagi memperkukuhkan pasukan. Ini kerana pemain import sedia ada tidak menunjukkan prestasi terbaik.

Selain membawa masuk pemain import baru, pengurusan pasukan juga memutuskan untuk menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Azraai Khor Abdullah dengan bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bangladesh, Martin Lemos.


Sumber Gambar: Team N9FC

Walau apa pun, kemasukan Angel Guirado, Alex Moraes serta Martin Lemos ini diharapkan dapat membantu pasukan Negeri Sembilan kembali mengutip kemenangan sekaligus keluar daripada zon penyingkiran. Mereka tidak boleh lagi keciciran mata pada perlawanan seterusnya.

Apa pendapat anda mengenai dua pemain import baru dan juga ketua jurulatih baru yang membarisi pasukan Negeri. Sembilan? Mampukah mereka menyelamatkan pasukan Negeri Sembilan daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan?

Baca Juga: Siapa Yang Bakal Digugurkan Oleh Azraai Khor?

Leave a Reply