Sumber Gambar: Goal. Com

Bekas pemain Pahang, Matias Conti dikhabarkan sudah menjalani latihan bersama pasukan Selangor. Beliau juga bakal terlibat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan bagi menentukan sama ada beliau adalah pemain yang tepat dengan corak permainan Selangor.

Matias Conti bukanlah asing dalam saingan Liga Malaysia. Beliau pernah mewakili pasukan Pahang selama tiga musim bermula pada 2013 hingga 2015. Conti juga berjaya membantu Pahang memenangi satu Piala FA dan dua Piala Malaysia.

Selama tiga musim tersebut, Conti berjaya menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan. Beliau juga membentuk satu gandingan mantap bersama Orang Besi pasukan Pahang ketika itu, Dickson Nwakaeme. Jentera serangan Pahang antara yang paling berbahaya dalam sainga Liga Malaysia ketika itu.

Jika kita melihat, penyerang import Selangor saat ini iaitu Rufino Segovia bersaksi dengan sangat baik dalam saingan Liga Super dan juga Piala FA. Rufino berjaya menjaringkan tujuh gol dalam saingan Liga ketika ini.

Jika Conti menyertai Selangor, besar kemungkinan bahawa beliau akan digandingkan dengan Rufino di bahagian serangan. Rufino bakal diletakkan di posisi nombor 10. Posisi tersebut bukanlah asing bagi beliau kerana Rufino pernah diletakkan di posisi tersebut pada saingan musim lalu.

Selain Matias Conti, ada satu lagi pemain import dari Portugal yang dikhabarkan bakal memperkuatkan pasukan Selangor. Namun, menurut ketua jurulatih, Nazliazmi Nasir, pemain ini akan diuji terlebih dahulu bagi memastikan mereka adalah pemain yang sesuai.

Dan jika kedua-dua pemain import ini dibawa masuk, berkemungkinan besar Ilham Udin dan Alfonso De La Cruz akan digugurkan.

Apa pendapat anda mengenai khabar tentang pasukan Selangor yang mahu membawa masuk Matias Conti dan seorang lagi pemain dari Portugal untuk memperkuatkan pasukan?

Adakah mereka pilihan yang sesuai?

Baca Juga: Berikan Satu Perlawanan Lagi Buat Alfonso De La Cruz

Leave a Reply