Sumber Gambar: Football Selangor

Program Selangor Grassroots League 2018 akan tiba di kemuncaknya pada esok apabila pusingan akhir bagi kejohanan tersebut bakal dilangsungkan di Stadium Mini Shah Alam. Di sini, penulis lampirkan sedikit mengenai Selangor Grassroots League 2018 ini. Anda boleh rujuk dua gambar di bawah.


Sumber Gambar: Football Selangor


Sumber Gambar: Football Selangor

Di sini, penulis mahu berkongsi dengan anda tentang mengapa program Selangor Grassroots League yang dijalankan oleh Football Selangor ini wajib dicontohi oleh negeri lain di seluruh Malaysia.

Pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi adalah perkara yang masih lagi tidak diperhalusi oleh beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Kebanyakkannya, pasukan dalam Liga Malaysia hanya menumpukan perhatian bermula di peringkat bawah 19 tahun dimana mereka akan bermain dalam saingan Piala Belia.

Akan tetapi, mereka terlepas pandang dengan pemain yang berumur antara 10 hingga 12 tahun. Jika kita melihat kepada pasukan-pasukan besar di Eropah misalnya, mereka mempunyai struktur pasukan bermula daripada umur 8 tahun. Pendedahan awal ini nyata membantu pemain untuk segera kencapai kematangan dalam bermain bola sepak.

Pendedahan awal ini juga membantu para pemain untuk meningkatkan pengetahuan serta gaya permainan mereka mengenai permainan bola sepak itu sendiri. Jadi apabila mereka sudah menginjak umur 16 tahun dan ke atas, pemain ini sudah pun boleh digelar sebagai pemain profesional dan mula bermain bola sepak di peringkat yang lebih tinggi.

Ketika ini, hanya ada beberapa badan saja yang mengambil berat tentang pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Antara badan tersebut ialah National Football Development Progam (NFDP) dan Football Selangor sendiri. Akan tetapi, kedua badan ini tidak boleh bersendirian. Mereka perlukan bantuan daripada badan lain untuk memastikan anak-ank muda kita memiliki platform untuk mereka menampilkan kebolehan mereka.

Jadi, amat penting untuk semua negeri di seluruh Malaysia menjadikan program Selangor Grassroots League sebagai modal contoh untuk mereka membangunkan pembangunan bola sepak akar umbi di negeri sendiri.

Pembangunan bola sepak dari akar umbi ini perlu bermula daripada sekarang agar bakat anak-anak muda kita tidak terbuang begitu saja dan pasukan kebangsaan kita tidak ketandusan pemain pada masa akan datang.

Syabas diucapkan kepada Football Selangor diata Selangor Grassroots League ini. Semoga kita akan melihat banyak lagi badan yang menjalankan usaha seperti yang dilakukan oleh Football Selangor.

Baca Juga: 5 Sebab Utama Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Selangor Grassroots League 2018 Final

Leave a Reply