Sumber Gambar: Stadium Astro

Bekas penyerang Kuantan FA, Zarko Korac menjalani ujian bersama pasukan Kedah yang dijadualkan hari ini. Prestasi beliau akan dinilai selama berada dalam tempoh ujian bagi menentukan sama ada beliau ini adalah penyerang yang sesuai untuk menggantikan Pablo Pallares.

Zarko sebelum ini beraksi bersama pasukan Kuantan FA dalam saingan Liga Perdana 2018. Namun, setelah Kuantan dibubarkan kerana masalah kewangan, semua pemain tempatan dan pemain import dilepaskan. Ada yang telah menemui pasukan baru manakala ada pemain yang berstatus ejen bebas.

Bersama Kuantan, Zarko berjaya menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga. Satu catatan yang baik memandangkan ini ialah kali pertama beliau bermain dalam saingan Liga Malaysia.

Akan tetapi, beliau bermain dalam saingan Liga Perdana. Saingan di dalam Liga Super sedikit berbeza dengan saingan dalam Liga Perdana. Kita juga melihat beberapa pemain yang agak bergelut apabila pemain tersebut bermain di Liga Super.

Pemain seperti penyerang Terengganu FC, Akanni-Sunday yang dilihat gagal untuk mempamerkan persembahan terbaik ketika bermain dalam dua perlawanan Liga Super.

Walau apa pun, Zarko harus melepasi ujiam terlebih dahulu jika beliau mahu dimasukkan dalam pasukan utama Kedah. Penulis percaya pengurusan pasukan Kedah tidak mahu mengambil risiko untuk mengambil pemain kali ini. Mereka mahu memastikan pemain yang diambil sesuai dengan corak permainan pasukan.

Seorang lagi calon penyerang import, Paulo Rangel dikhabarkan akan tiba esok dan akan mula menjalani proses percubaan.

Apa pendapat anda mengenai dua penyerang impoet iaitu Zarko Korac dan Paulo Rangel yang akan melalui tempoh ujian bagi menggantikan Pablo Pallares sebagai penyerang utama Kedah?

Adakah kedua-dua penyerang ini calon yang sesuai? Atau Kedah perlu mencari penyerang lain?

Baca Juga: Paulo Rangel Penyerang Yang Sesuai Buat Kedah?

Leave a Reply