Sumber Gambar: FA Selangor

Cabaran getir menanti pasukan Selangor apabila mereka bakal menghadapi pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim di stadium KLFA malam ini. Kemenangan amat penting buat pasukan Selangor untuk menjarakkan mereka daripada zon penyingkiran.

Setelah melepaskan gol pada saat akhir dan seri dengan PKNP FC minggu lalu, Selangor sudah pasti mahu mengutip kemenangan bagi meredekan sedikit tekanan yang sedang dihadapi oleh pasukan. Mereka tidak boleh keciciran mata lagi jika mahu menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Dalam usaha untuk mengutip keputusan positif malam in8, kami berpendapat Nazliazmi akan melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama beliau. Di bahagian pertahanan, kami menjangkakan Willian Pacheco akan digandingkan dengan Ashmawi Yakin. Penting untuk barisan pertahanan Selangor tidak membuat sebarang kesilapan.

Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim pula, mereka juga mahu mencari kemenangan bagi menjarakkan lagi jurang mata dengan pencabar terdekat iaitu pasukan Perak dan Pahang.

Ketika ini, JDT berada 5 mata mengarasi pasukan Perak ditempat kedua. Jika berjaya mengutip kemenangan malam ini, jurang mata akan semakin besar dan juga mereka semakin sukar untuk dikejar.

Walau apa pun, barisan pertahanan Selangor tidak boleh alpa jika mereka mahu mengatasi cabaran getir malam ini. Sesiapa saja yang diturunkan harus tenang dan juga menghalang barisan serangan JDT daripada menembusi benteng pertahanan.

Setelah menewaskan Selangor di Larkin pada perlawanan pertama, JDT sudah pasti mahu mengutip kemenangan sekali lagi malam ini.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Selangor malam ini? Pasukan mana yang akan mengutip tiga mata penuh malam ini?

Baca Juga: Berikan Satu Perlawanan Lagi Buat Alfonso De La Cruz

Leave a Reply