Sumber Gambar: Semuanya Bola

Berita gembira datang daripada Akademi Mokhtar Dahari apabila empat atau lima pemain mereka terpilih untuk menjalani latihan bersama kelab gergasi Eropah, Paris Saint-Germain pada akhir bulan ini. Kami berharap ramai lagi pemain muda berbakat mereka untuk memyertai latihan bersama pasukan gergasi dunia.

PSG berminat dengan beberapa pemain Akademi Mokhtar Dahari setelah melihat pasukan tersebut berlatih di Perancis selama tiga minggu di sana. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar, selain PSG, dua kelab Manchester, Manchester United dan Manchester City turut menunjukkan minat mereka.

Dengan penyertaan beberapa pemain AMD untuk berlatih bersama kelab seperti PSG, ini adalah satu peluang keemasan yang harus dimanfaatkan oleh pemain tersebut. Mereka akan berlatih dengan pemain yang mempunyai fizikal serta corak pemainan yang berbeza dengan mereka.

Selain itu, para pemain juga dapat meningkatkan corak permainan mereka dengan berlatih bersama antara jurulatih terbaik di Eropah. Banyak manfaat yang bakal diperoleh oleh para pemain yang akan menyertai latihan tersebut.

Seluruh peminat bola sepak negara sudah pasti mengharapkan ada ramai lagi pemain lain yang mampu untuk menarik minat kelab luar negara dan mengambil mereka untuk dimasukkan dalam program latihan.

Ini kerana pemain daripada AMD dan juga NFDP adalah pemain harapan untuk pasukan kebangsaan pada masa akan datang. Jadi penting untuk mereka mendapatkan pendedahan awal dan meningkatkan lagi tahap permainan mereka.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pemain yang bakal terbang ke Perancis dan mengikuti latihan bersama Paris Saint-Germain nanti.

Apa pendapat anda mengenai pemain AMD yang bakal menjalani latihan bersama pasukan Paris Saint-Germain? Mampukah mereka menambat hati jurulatih sekaligus diserap masuk sebagai pemain akademi PSG?

Baca Lagi: Pengalaman Sepanjang Supermokh Cup 2015

Leave a Reply