Sumber Gambar: Stadium.my

Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia apabila beliau menjadi salah satu calon untuk mencabar kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Persoalannya disini adakah Tan Sri Annuar ini masih lagi relevan dengan jawatan presiden FAM?

Ini bukan kali pertama Tan Sri Annuar bertanding bagi jawatan presiden FAM. Sebelum ini, ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi presiden, Tan Sri Annuar adalah salah seorang pencabar ketika pemilihan presiden. Namun, beliau meletak jawatan pada saat akhir bagi membolehkan Tunku Ismail menang tanpa bertanding.

Jika kita melihat kepada pencapaian Tan Sri Annuar ketika menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), memang tidak dinafikan beliau mempunyai pengalaman dan kebolehan untuk mengurus sesebuah persatuan bola sepak. Namun, status Tan Sri Annuar yang menjadi keraguan ke atas pencalonan beliau.

Kita sedia maklum bahawa Tan Sri Annuar ini ialah seorang ahli politik. Dan campuran diantara bola sepak dan juga politik dalam Malaysia tidaklah begitu baik. Sebab itulah pencalonan beliau mendapat kritikan daripada segelintir peminat bola sepak Malaysia.

Dua lagi calon untuk kerusi presiden iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang mendapat pencalonan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP). Kedua-dua calon ini mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Sama ada Tan Sri Annuar masih lagi relevan untuk kerusi presiden FAM itu terpulang kepada barisan exco yang akan memilih ketika Kongres FAM pada Julai nanti. Namun kami merasakan calon lain patut diberi peluang untuk memimpin badan induk bola sepak negara itu.

Apa pendapat anda mengenai pencalonan Tan Sri Annuar Musa sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)? Adakah beliau masih relevan untuk posisi tersebut?

Atau ada calon lain yang lebih relevan serta lebih sesuai untuk mengisi kerusi presiden FAM?

Baca Juga: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi Dilantik Sebagai Presiden Sementara FAM

Leave a Reply