Sumber Gambar: MUSA

Pasukan Perak gagal untuk memanfaatkan peluang untuk mendekatkan jarak dengan Johor Darul Ta’zim yang berada di puncak Liga apabila sekadar seri ketika menentang Melaka United semalam.

Bermain dalam keadaan padang yang basah nyata menjejaskan corak pemainan kedua-dua pasukan. Pada separuh masa pertama, hanya beberapa percubaan yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan. Bola kebanyakkanya tertumpu di bahagian tengah.

Nor Hakim Hassan menjadi satu-satunya pemain serangan Perak yang hidup pada separuh masa pertama. Beliau membuat dua percubaan namun kedua-duanya berjaya dikawal oleh penjaga gol baru pasukan Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.


Sumber Gambar: MUSA

Bercakap mengenai Apek, beliau menampilkan persembahan cemerlang dengan menafikan beberapa percubaan yang dilancarkan oleh pemain Perak.

Melaka juga berjaya mencipta peluang sekaligus percubaan menerusi Yahor Zubovich dan S.Chanturu. Namun kedua-dua pemain ini gagal untuk mencipta jaringan.

Kegagalan memanfaatkan peluang semalam membuatkan pasukan bimbingan Mehmet Durakociv ini kekal berada lima mata di belakang pasukan pendahuluLiga iaitu Johor Darul Ta’zim yang hanya mampu mengutip keputusan seri menentang Selangor semalam.

Bagi pasukan Melaka United pula, satu mata yang diperoleh menjarakkan sedikit kedudukan mereka daripada zon penyingkiran. Sekurang-kurangnya satu mata ini memberi nafas lega kepada pasukan.

Ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh kedua-dua pasukan. Terutamanya di bahagian serangan kerena bahagian ini dilihat tumpul semalam. Perak yang sebelum ini berjaya menghasilkan gol namun gagal pada perlawanan semalam.

Apa pendapat anda mengenai keputusan seri yang diperoleh pasukam Perak ketika menentang Melaka United? Apa yang perlu diperbaiki oleh kedua-dua pasukan agar mereka kembali mengutip kemenangan pada perlawanan akan datang?

Baca Juga: Peluang Pasukan Perak Memperkukuhkan Kedudukan Kedua

Leave a Reply