Sumber Gambar: JST

Pasukan Selangor berjaya mengikat pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim pada perlawanan Liga Super 2018 semalam. Akan tetapi, pasukan Selangor dilihat lebih mengancam berbanding lawan mereka semalam.

Walaupun ketinggalan pada minit awal permainan, akan tetapi para pemain Selangor mengekalkan disiplin mereka dengan melancarkan serangan ke kubu JDT. Hasil daripada asakan mereka, Selangor berjaya memperolehi dua gol, dimana gol pertama yang dijaringkan Saiful Ridzuwan menurut kami adalah satu gol berkualiti.

Di bahagian pertahanan pasukan Selangor juga terdapat peningkatan. Walaupun melakukan kesilapan pada minit awal permainan, namun Alfonso dan Pacheco menebus kesilapan mereka dengan berjaya mengekang asakan berbahaya daripada serangan JDT.

Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim pula, mereka menurunkan dua pemain import baru mereka iaitu Harry Novillo dan Jorge Santos Silva. Kami melihat hanya Novillo yang berjaya mencipta impak dalam perlawanan semalam dengan berjaya menjaringkan satu gol. Manakala bagi Jorge Santos pula masih banyak aspek yang perlu diperbaiki.

Selain Novillo, JDT juga patut berterima kasih kepada Gonzalo Cabrera kerana beliau sangat rajin di bahagian sayap dan sering kali berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Selangor. Cabrera juga berjaya menyumbanh gol buat JDT semalam.

Keputusan seri ini membantutkan rancangan JDT untuk melebarkan jurang mata di puncak Liga. Mujur, keputusan seri pasukan Perak yang menentang Melaka United masih lagi memberikan kelebihan 5 mata buat mereka.

Bagi Selangor pula, keputusan seri semalam meletakkan mereka dekat dengan kedudukan pertengahan Liga. Selangor sudah bermain dengan baik. Mereka hanya perlu mengekalkan rentak semasa.

Apa pendapat anda mengenai keputusan seri diantara pasukan Selangor yang menentang Johor Darul Ta’zim semalam? Adakah Selangor lebih mengancam semalam?

Atau pasukan Johor Darul Ta’zim yang tidak bermain seperti biasanya?

Baca Juga: Cabaran Getir Menanti Pasukan Selangor

Leave a Reply