Sumber Gambar: Felda United

Pendahulu Liga Perdana, pasukan Felda United mengalami kekalahan pertama musim ini apabila tewas kepada pasukan MISC-Mifa dengan keputusan 3-0 semalam. Segalanya serba tidak menjadi buat Felda khususnya pada separuh masa pertama.

Felda United ketinggalan menerusi jaringan bekas pemain Selangor, K.Satish pada minit kelapan. Felda terus dirudung malang apabila Kpah Sherman menambah lagi dua gol pada separuh masa pertama dan kedua. Barisan pertahanan Felda dilihat leka dan membiarkan barisan serangan Mifa mengasak mereka.

Barisan serangan Felda juga tidak berfungsi pada perlawanan semalam. Tidak seperti biasanya dimana mereka tidak pernah gagal untuk menjaringkan gol. Tetapi mereka seolah-olah tidak berdaya dan kekurangan idea untuk melancarkan serangan.

Pemain Mifa nyata bijak untuk mengambil peluang di atas kelekaan pemain lawan semalam. Kpah Sherman menjadi hero mereka apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol pada kedua-dua separuh masa.

Selain itu, pemain Mifa juga disiplin ketika mereka bertahan bagi memastikan penyerang Felda tidak dapat menembusi benteng pasukan.

Kekalahan semalam nyata membuatkan Felda kekal berada lapan mata mengatasi Felcra FC yang akan bermain malam ini. Ia adalah peluang terbaik Felcra untuk merapatkan kedudukan dengan Felda yang menghuni tangga teratas Liga.

Felda harus segera memperbaiki setiap kelemahan jika tidak mahu kesilapan semalam berulang lagi pada perlawanan akan datang. Mereka sepatutnya mengutip kemenangan kerana mereka mempunyai barisan pemain yang kualitinya lebih baik berbanding pasukan lawan.

Apa pendapat anda mengenai kekalahan mengejut pasukan Felda Umited pada perlawanan menentang MISC-Mifa semalam? Adakah taktikal B.Sathianathan serba tidak menjadi semalam?

Atau MISC-Mifa bermain lebih baik berbanding Felda United semalam?

Baca Juga: Siapa Boleh Hentikan Felda United?

Leave a Reply