Sumber Gambar: Planet Bola

Tampuk kepimpinan negara telah bertukar tangan apabila Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. Untuk peminat bola sepak negara, penulis hanya mempunyai satu pertanyaa. Adakah program National Football Development Program (NFDP) bakal diteruskan di bawah kepimpinan kerajaan baru ?

Apabila program NFDP ini diasaskan pada 2014, ianya bagai satu harapan baru untuk anak-anak muda kita menunjukkan bakat mereka dalam bermain bola sepak. Sebelum 2014, pemain akar umbi hanya berpandukan kepada kejohanan sekolah yang dianjurkan bagi menunjukkan bakat mereka. Namun semuanya berubah dengan adanya NFDP.

Kita juga telah melihat pencapaian NFDP yang telah memenangi beberapa kejuaraan di kejohanan bola sepak akar umbi. Antaranya ialah Piala Iber pada 2015 dimana anak-anak buah Lim Teong Kim menewaskan Sporting CP bawah 13 tahun dengan keputusan 2-1.

Program NFDP ini diilhamkan oleh Menteri Belia dan Sukan kerajaan terdahulu iaitu YB Khairy Jamaluddin aka Abah. Ketika ini, kerajaan yang baru belum lagi memutuskan siapa Menteri Belia dan Sukan yang baru. Nurul Izzah juga menyokong program NFDP ini. Namun semuanya terpulang kepada Menteri Belia dan Sukan yang baru berkenaan perkara ini.

Adakah program ini bakal diteruskan ? Adakah menteri Belia dan Sukan yang baru akan melakukan rombakan terhadap program tersebut ? Dan jika benar ada rombakan, adakah rombakan melibatkan barisan pengurusan sahaja atau melibatkan barisan kejurulatihan ?

Penulis berpendapat program NFDP ini patut dikekalkan dan juga lebih diperhalusi. Penulis juga merasakan Lim Teong Kim juga patut dikekalkan sebagai pengarah. Ini untuk memastikan bakat yang dimiliki oleh para pemain akar umbi kita terus terjamin dan tidak terbuang dek kerana tiada lagi platform untuk mereka menunjukkan bakat.

Satu lagi sebab mengapa NFDP ini perlu diteruskan ialah untuk mencungkil bakat-bakat pemain akar umbi bagi diketengahkan dan meningkatkan lagi kebolehan mereka. Perkara ini juga penting untuk pasukan kebangsaan kita agar tidak ketandusan pemain bagi mewakili Malaysia pada masa akan datang.

Apa pendapat anda mengenai masa depan program Natinal Football Development Program (NFDP) ini ? Adakah Menteri Belia dan Sukan yang akan dilantik kelak mahu mengekalkan program ini atau mereka bakal menutup program yang telah melahirkan ramai pemain muda berbakat ini ?

Baca Juga: Bagaimana Ahli Politik Boleh Membantu Bola Sepak Malaysia

Leave a Reply