Sumber Gambar: JST

Gonzalo Cabrera menjadi salah satu pemain import yang dikekalkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim daripada skuad musim lalu. Setakat ini, Cabrera boleh dikatakan wira yang tidak didendang khidmatnya kerana beliau sentiasa menunjukkan prestasi yang baik buat JDT.

Kami ambil contoh persembahan Cabrera ketika JDT seri dengan pasukan Selangor minggu lalu. Cabrera berjaya menyumbang satu gol tepatnya pada minit kedua perlawanan. Selain itu, kelincahan Cabrera di sebelah kiri nyata menyukarkan A.Namathvan dan juga Joseph Kalang Tie untuk mengawal pergerakkan beliau.

Kelincahan Cabrera di sebelah kiri juga berjaya membantu Harry Novillo untuk menjaringkan gol penyamaan buat JDT. Beliau bijak memperdayakan Namathevan dan membuat hantaran silang untuk Novillo dan pemain import baru JDT ini berjaya mengatasi Willian Pacheco dan menanduk bola tersebut.

Kami berpendapat keputusan JDT untuk mengekalkan khidmat Cabrera adalah satu keputusan yang tepat. Dengan adanya Cabrera, kami menyfatkan JDT sudah mempunyai satu barisan serangan yang serba lengkap. Cabrera dan Novillo di sebelah sayap dengan kemampuan untuk mengelecek serta mempunyai larian yang pantas dan Jorge Luiz Santos di hadapan sebagai penyerang utama.

Jika Cabrera berjaya mengekalkan rentak cemerlang beliau ketika ini, maka tidak mustahil Johor Darul Ta’zim akan terus menjadi pasukan pendahulu Liga. Kami pasti ketua jurulatih JDT, Raul Longhi mahukan persembahan cemerlang pemain yang telah menjaringkan empat gol dalam saingan Liga setakat ini dapat dikekalkan.

Walau apa pun, bukan Cabrera saja yang perlu bermain dengan baik sekiranya JDT mahu mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi mereka. Pemain tempatan dan juga pemain import harus menunjukkan prestasi yang baik di setiap perlawanan bagi memastikan pasukan Johor Darul Ta’zim kekal sebagai pendahulu Liga Super.

Apa pendapat anda mengenai persembahan Gonzalo Cabrera dalam saingan Liga Malaysia setakat ini ? Adakah dengan persembahan beliau, Gonzalo Cabrera layak diberikan gelaran sebagai wira yang tidak didendang buat pasukan Johor Darul Ta’zim ?

Baca Juga: Selangor Lebih Mengamcam Berbanding Johor Darul Ta’zim

Leave a Reply