Sumber Gambar: mStar

Tampuk kepimpinan beberapa persatuan bola sepak negeri berubah selepas Pilihan Raya Umum yang ke-14 pada 9 Mei lalu. Pasukan negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka United, Kedah dan Perak bakal mempunyai presiden persatuan yang baru setelah kemenangan Pakatan Harapan. Adakah perubahan presiden ini bakal memberi impak kepada pasukan ?

Penulis ambil contoh pasukan Negeri Sembilan. Setelah tampuk kuasa bertukar tangan, pengurusan pasukan bertindak menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Azraai Khor Abdullah dengan bekas “ketua jurulatih” asukan kebangsaan Bangladesh, Mario Lemos.

Pasukan Negeri Sembilan mengalami kekalahan di tangan Kedah pada perlawanan pertama Lemos sebagai ketua jurulatih. Walaupun tewas, namun ada peningkatan dalam corak permainan pasukan.

Persoalan yang lain adakah Ketua Menteri sekaligus presiden persatuan akan melakukan rombakan terhadap barisan pengurusan dan juga kejurulatihan. Kita sedia maklum jika terdapat sebarang perubahan di peringkat atasan, maka pengurusan serta barisan kejurulatihan akan bertukar.

Dan soalan cepu emas adalah tentang dana yang dibekalkan oleh kerajaan negeri kepada pasukan. Kebanyakkan pasukan negeri dalam Loga Malaysia, kecuali Selangor dan Johor Darul Ta’zim telah menerima satu dana tahunan daripada kerajaan negeri untuk menguruskan pasukan bola sepak negeri tersebut.

Sama ada presiden baru bakal meneruskan pemberian dana ini kepada pasukan negeri ataupun mereka memberhentikan seperti mana kerajaan negeri Selangor lakukan terhadap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebelum ini.

Walau apa pun, biarlah presiden persatuan yang akan dipilih nanti untuk melihat sejauh mana perkembangan pasukan bola sepak negeri untuk membuat sebarang keputusan. Penting untuk presiden yang akan dipilih kelak untuk mempertimbangkan segala aspek agar perkara yang tidak diingini berlaku kepada pasukan pada masa akan datang.

Apa pendapat anda dengan perubahan tampuk presiden dalam kepimpinan persatuan bola sepak negeri dalam saingan Liga Malaysia ? Adakah perubahan presiden ini akan memberi impak kepada prestasi pasukan di atas padang ?

Atau perubahan presiden ini tidak akan membawa sebarang makna kepada persembahan pasukan ?

Baca Juga: Adakah Program NFDP akan Diteruskan ?

Leave a Reply