Sumber Gambar: FA Selangor

Penyerang import Selangor, Rufino Segovia Del Burgo menjadi penyerang import paling subur dalam saingan Liga Super setakat ini apabila beliau berjaya menjaringkan lapan gol dalam saingan Liga. Dalam perlawanan menentang JDT minggu lalu, Rufino berjaya menjaringkan satu gol bagi membantu Selangor mengikat endahulu Liga itu dengan keputusan 2-2.

Akan tetapi, dalam tiga perlawana kebelakangan ini, Rufino dilihat terasing di bahagian serangan apabila beliau dilihat tidak mendapat sokongan yang cukup daripada pemain tengah dan juga pemain sayap ketika pasukan dalam usaha untuk merampas bola daripada penguasaan lawan.

Di sini, penulis memberi pujian kepada kerja keras Rufino di hadapan gol. Beliau dilihat sering memberi tekanan kepada barisan pertahanan lawan ketika mereka memegang bola. Namun yang sedihnya, beliau hanya melakukan tekanan tersebut seorang diri. Tiada pemain lain yang membantu beliau.

Penulis berpendapat perkara ini harus segera diperbaiki oleh Nazliazmi Nasir. Ketika dalam usaha untuk merampas bola dari penguasaan pasukan lawan, bukan saja Rufino yang harus memberi tekanan tetapi pemain sayap dan juga pemain tengah harus memainkan peranan.

Bukan saja ketika mahu merampas bola dari kawalan pasukan lawan. Malah, pemain sayap dan pemain tengah harus membantu Rufino ketika pasukan melancarkan serangan. Mereka tidak boleh bergantung kepada hantaran panjang yang mencari Rufino di hadapan bagi mencari gol.

Jika Selangor berjaya memperbaiki perkara ini, maka peluang mereka untuk menjaringkan gol serta memenangi perlawanan semakin cerah.

Walau apa pun, penulis pasti peminat Selangor mengharapkan Rufino Segovia untuk mengekalkan rentak cemerlang beliau dalam menjadi mesin gol bagi membantu pasukan memperbaiki kedudukan dalam carta Liga.

Selain itu, mereka juga berharap tiada siapa yang akan sailang Rufino dalam jendela perpindahan kedua ketika ini. Pasukan mana je yang tak nak dengan khidmat penyerang import yang ketika ini menjari penjaring terbanyak Liga. Sudah pasti ramai pasukan dalam Liga Malaysia yang mahukan khidmat Rufino Segovia.

Baca Juga: Selangor Lebih Mengancam Berbanding Johor Darul Ta’zim

Leave a Reply