Sumber Gambar: Stadium Astro

Pasukan Kelantan kini dalam usaha untuk membawa masuk pemain import baru bagi memperkukuhkan pasukan. Perkara tersebut telah disahkan oleh presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan.

Menurut Bibi, beberapa pemain import dari Eropah dan Asia telah disenarai pendek bagi menjalani ujian bersama pasukan. Pemain dari negara Syria, Russia, Uzbekistan, Tunisia dan Perancis menjadi pilihan untuk diuji kemudiannya.

Ada satu pemain yang menurut Bibi bermain di Liga Israel sebelum ini. Jadi beliau perlu berbincang dengan Fajr Ibrahim mengenai perkara tersebut agar tidak menimbulkan kontroversi dan salah faham di kalangan peminat.

Jika mahu membawa masuk pemain, maka akan ada pemain yang akan dilepaskan. Menurut Bibi, beliau akan mendengar sebarang tawaran bagi khidmatt Amiridzwan Taj, Badhri Radzi, Faizol Nazlin, RamAdhan Abd Hamid, Faris Shah Rosli, S Veenod dan dua pemain import, Do Dong Hyun dan Morgaro Gomis.

Pemain-pemain ini dilihat tidak berada dalam perancangan Fajr Ibrahim memandangkan beliau lebih gemar untuk menggunakan khidmat pemain muda.

Penulis berpendapat pasukan Kelantan ketika ini perlukan satu atau dua lagi pemain import bagi memberi keseimbangan dalam pasukan. Setakat hari ini, hanya Cassio De Jesus saja yang dikekalkan sebagai pemain import pasukan.

Penulis tidak menafikan bahawa pemain muda Kelantan menunjukkan satu prestasi yang sangat baik. Lihat saja persembahan Nik Akif Syahiran dan Nik Azli Nik Alias. Mereka seperti sudah bersedia untuk memikul cabaran Kelantan.

Namun, pemain muda ini mempunyai satu kecenderungan iaitu terlalu tergopoh-gapah dan mempunyai masalah dalam decision making. Jadi mereka perlukan bimbingan dari pemain senior yang lebih berpengalaman di atas padang.

Walau apa pun, Kelantan harus berhati-hati dalam pemilihan pemain import kali ini. Mereka sudah pasti tidak mahu kesilapan awal musim ini berlaku apabila pemain import yang diambil tidak beraksi dengan baik.

Apa pendapat anda dengan keputusan Kelantan untuk membawa masuk pemain import baru bagi memperkukuhkan pasukan ? Di posisi manakah yang memerlukan khidmat pemain import ?

Baca Juga: Banyak Yang Perlu Diperbaiki Oleh Pemain Muda Kelantan

Leave a Reply