Sumber Gambar: Stadium.my

Bekas penyerang Selangor dan Johor Darul Ta’zim, Paulo Rangel semakin hampir untuk menyertai pasukan Kedah pada jendela perpindahan kedua kali ini. Sebelum ini, Rangel telah menjalani beberapa siri ujian bagi menggantikan penyerang import sedia ada, Pablo Pallares.

Menurut penganalisa kami dan juga peminat tegar pasukan Kedah iaitu Saudara Maniam, jika Rangel menyertai Kedah, ada beberapa pro dan kontra daripada pengambilan Rangel ini.

Pro daripada adanya Rangel dalam pasukan ialah Rangel ini adalah penyerang yang sudah terbukti kebolehan beliau. Kemana saja beliau pergi, beliau pasti berjaya menjaringkan gol. Dalam pasukan Kedah ketika ini, ramai pemain sayap yang boleh membuat hantaran lintang kepada Rangel.

Rangel juga tidak perlu menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia kerana beliau pernah bermain di sini. Itu adalah salah satu pro jika Kedah mengambil Rangel.

Dari segi kontra pula, saudara Maniam melihat pasukan Kedah sudah selesa dengan penggunaan False 9 di bahagian serangan. Jadi dengan adanya Rangel, ketua jurulatih, Nidzam Adha harus kembali ke taktikal asal iaitu 4-2-3-1 di mana Kedah agak bergelut dengan menggunakan taktikal ini pada awal musim 2018.

Saudara Maniam juga melihat pengambilan Rangel ini hanyalah short term solution bagi pasukan. Pasukan Kedah sepatutnya mencari pemain yang sesuai dengan corak permainan dimana mereka kembali ke prestasi sebenar, iaitu dengan penggunaan False 9.

Walau apa pun, penulis melihat pengambilan Paulo Rangel ini adalah satu keputusan yang baik kerana beliau sudah memiliki pengalaman yang luas beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Rekod jaringan beliau semasa bermain di Liga M juga boleh dikatakan baik.

Apa pendappat anda dengan berita mengatakan bahawa Paulo Rangel semakin hampir untuk menyertai pasukan Kedah bagi menggantikan Pablo Pallares dalam pasukan ? Mampukah Rangel memikul cabaran tersebut ?

Dan selain Paulo Rangel, adakah Kedah perlu menandatangani pemain import bagi mengisi posisi pertahanan yang dilihat sedikit goyah ? Kongsikan pendapat anda bersama penulis.

Baca Juga: Paulo Rangel Penyerang Yang Sesuai Buat Kedah ?

Leave a Reply