Semenjak membantu Malaysia bawah 23 tahun dalam temasya Piala Aasia bawah 23 Tahun di China awal tahun ini, Akhyar dilihat semakin meningkat corak dan juga mutu permainan beliau. Setakat ini, Akhyar telah diletakkan di pelbagai posisi di bahagian serangan pasukan Kedah. Posisi mana yang sesuai buat Akhyar Rashid.

Akhyar dilihat mampu untuk bermain di bahagian sayap, tak kira di bahagian kanan ataupun kiri. Pada perlawanan menentang Negeri Sembilan minggu lalu, Akhyar diletakkan sebagai False 9 dalam barisan serangan pasukan Kedah.

Pada perlawanan tersebut, kita dapat lihat Akhyar beraksi dengan baik apabila larian pantas beliau seringkali memerangkap barisan pertahanan Negeri Sembilan. Gol pertama pasukan Kedah berpunca daripada tindakan pantas Akhyar yang menghantar bola ke Liridon Krasniqi.

Gol kedua pula hasil larian bijak yang dilakukan Akhyar setelah mendapat umpan daripada Akram Mahinan. Secara keseluruhan, Akhyar dilihat mampu untuk bermain di posisi tersebut.

Namun, penulis berpendapat ada baiknya Akhyar dikekalkan di bahagian sayap kerana di situlah Akhyar boleh menunjukkan kebolehan sebenar. Larian pantas serta gelecekkan yang dimiliki oleh Akhyar dilihat lebih menyerlah apabila diletakkan di bahagian sayap.

Jika ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adha mahu menggunakan Akhyar sebagai False 9 berbanding pemain sayap, maka banyak aspek yang perlu diperbaiki ole pemain berusia 19 tahun ini. Terutama sekali aspek fizikal Akhyar. Beliau sudah mempunyai kelajuan dan juga gelecekkan yang baik. Beliau hanya perlu meningkatkan kekuatan fizikal beliau.

Walau apa pun, masih banyak masa lagi buat Akhyar Rashid untuk meningkatkan corak dan juga mutu permainan beliau untuk menjadi seorang pemain serangan yang mempunyai kualiti dalam Liga Malaysia.

Apa pendapat anda mengenai posisi mana yang sesuai buat Akhyar Rashid di bahagian serangan pasukan Kedah ? Adakah beliau perlu dikekalkan sebagai pemain sayap ? Atau posisi False 9 ini dilihat posisi yang sesuai dengan Akhyar ? Mari kongsikan pandangan anda bersama penulis.

Baca Juga: Posisi Sayap Kiri Pasukan Kebangsaan Untuk Akhyar Rashid Atau Nor Hakim Hassan ?

Leave a Reply