Sumber Gambar: Kosmo

Tiga nama telah sah untuk bertanding jawatan bagi merebutka kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditinggakan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac lalu. Dari tiga nama ini, siapa yang layak untuk menjadi presiden FAM yang baru ?

Tiga nama tersebut ialah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

Datuk Hamidin dan juga Tan Sri Annuar Musa ialah nama yang sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak negara. Kedua-dua calon ini sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan bola sepak negeri mahupun bersama badan induk bola sepak negara.

Tan Sri Annuar sebelum ini juga menjadi calon untuk mencabar Tunku Ismail sebagai presiden FAM tahun lalu. Namun beliau menarik diri di saat akhir bagi memberikan kemenangan kepada Tunku Ismail.

Satu lagi calon ialah Datuk Seri Abdul Azim. Beliau boleh dikatakan pendatang baru dalam arena bola sepak Malaysia. Datuk Seri Azim juga mempunyai pengalaman tetapi lebih kepada bidang sukan yang lain dan bukannya bola sepak.

Ketiga-tiga calon ini mempunyai kredibiliti dan juga pengalaman yang tersendiri. Jika exco mahukan seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam arena bola sepak Malaysia, Datuk Hamidin dan Tan Srii Annuar adalah calon terbaik bagi kerusi presiden tersebut.

Akan tetapi, jika mereka mahukan seseorang individu yang tidak pernah menguruskan mana-mana pasukan negeri mahupun ada jawatan dalam FAM, maka Datuk Seri Azim adalah calon yang sesuai.

Walau apa pun, ketiga-tiga calon ini harus berkongsi manifesto mereka tentang bagaimana menggerakkan FAM dan juga pasukan kebangsaan ke arah yang lebih baik. Pasukan negara ketika ini berada dalam transisi perubahan dengan penggunaan pemain muda.

Jadi perlu ada perancangan yang rapi untuk memastikan pasukan kebangsaan kita bergerak ke hadapan.

Baca Juga: Masih Relevenkah Tan Sri Annuar Musa ?

Leave a Reply