Sumber Gambar: Real Merah

Pasukan Kelantan telah meletakkan tiga pemain import Mereka iaitu Mohammed Ghaddar, Do Dong-hyun dan Morgaro Gomis dalam senarai pemain yang khidmatnya tidak lagi diperlukan. Dari ketiga-tiga pemain import ini, mereka sebenarnya masih berpotensi untuk kekal bermain di Liga Malaysia.

Di sini, penulis nak senaraikan 5 pasukan dalam saingan Liga Malaysia yang boleh memanfaatkan kemamuan pemain sayap ini.

1. Selangor
Pemain sayap import Selangor, Ilham Udin Armayn masih lagi gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik beliau setakat ini. Jika Nazliazmi mahu menggantikan beliau, Dong dilihat satu pengganti yang sesuai buat Ilham.

2. Negeri Sembilan
Negeri Sembilan setakat ini telah membawa masuk Angel Guirado dan Alex Moraes bagi memantapkan pasukan. Penulis melihat jika mereka membawa masuk Dong, beliau boleh membantu Nicolas Velez di bahagian serangan pasukan Negeri Sembilan.

3. PKNP FC
Apabila penyerang import, Yeon Gi-sung tidak menunjukkan prestasi yang baik, PKNP dilihat mahu menggantikan beliau dengan pemain import lain. Penulis melihat Dong sebagai pemain yang sesuai kerana beliau juga mampu bermain sebagai pemain nombor 10.

4. Kuala Lumpur
Dalam senarai pemaim import Kuala Lumpur ketika ini, hanya Junior Aparecido saja yang tidak menampilkan prestasi terbaik. Jadi, jika pengurusan pasukan Kuala Lumpur mahu menggantikan beliau, Dong dilihat calon yang sesuai.

5. Melaka United
Melaka berjaya menunjukkan aksi baik ketika permulaan musim 2018. Namun, ketika ini mereka berada dua mata diatas Kelantan yang berada dalam zon penyingkiran. Jika Melaka mahu memperkemaskan jentera serangan, penulis berpendapat Dong-hyun adalah penambahan yang sesuai.

Itulah 5 pasukan yang menurut penulis boleh memanfaatkan kebolehan yang dimiliki oleh Do Dong-hyun. Penulis merasakan yang pasukan Kelantan sebenarnya masih lagi mampu untuk menggunakan khidmat Dong. Namun, ketua jurulatih, Fajjr Ibrahim seakan-akan tiada hati untuk menggunakan beliau. Fajr lebih gemar menggunakan pemain muda untuk posisi sayap.

Apa pendapat anda mengenai 5 pasukan yang menurut penulis boleh mengambil khidmat Dong-hyun ? Pasukan mana yang sesuai dengan pemain ini ?

Baca Juga: 5 Destinasi Pilihan Untuk Nik Shahrul Azim

Leave a Reply