Sebelum ini, penulis ada menyatakan bahawa ada baiknya apabila pasukan Liga Malaysia mengambil pemain Asean bagi mengukuhkan pasukan. Di sini, penulis nak senaraikan kepada anda 5 pemain Asean yang beraksi dengan baik setakat ini dalam saingan Liga Malaysia.

1. Safuwan Baharuddin

Sumber Gambar: Pahang FA

Pemain tengah Singapura ini menjadi ilihan utama untuk digandingkan dengan Nor Azam Azih di bahagian tengah pasukan Pahang. Safuwan bermain dengan baik apabila beliau memastikan barisan pertahanan Pahang dilindungi daripada gerakan serangan pasukan lawan.

2. Harris Harun

Sumber Gambar: JST

Sama seperti Safuwan, Harris harun juga bermain dengan baik bersama kelab beliau iaitu Johor Darul Ta’zim. Harris menjadi pilihan utama di bahagian tengah dan beberapa kali diangkat sebagai ketua pasukan.

3. David Laly

Sumber Gambar: Bolaskor.com

Pemain tengah Felcra FC ini diangkat menjadi pemain terbaik Liga Perdana bagi bulan April 2018. Setakat ini, Laly bermain dalam kesemua perlawanan Felcra FC dan berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan Liga.

4. Faris Ramli

Sumber Gambar: PKNS FC

Pemain sayap PKNS FC ini sememangnya menjadi pemain utama PKNS dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Gerakan lincah dari sebelah sayap berjaya membantu PKNS menduduki empat tangga teratas dalam carta Liga.

5. Thierry Chanta Bin

Sumber Gambar: Terengganu FC

Pemain tengah dari Kemboja ini telah tampil dalam kesemua perlawanan bersama pasukan Terengganu FC. Chanta Bin tenang mengawal bahagian tengah pasukan dan menjadi unsung hero Terengganu FC setakat ini.

Itulah dia 5 pemain Asean yang menurut penulis telah menunjukkan aksi yang baik dalam saingan Liga Malaysia setakat ini. Pemain-pemain ini telah membuktikan bahawa pemain Asean juga mampu untuk menyinar dalam Liga yang paling sukar di rantau Asia Tenggara ini.

Apa pendapat anda mengenai 5 pemain Asean yang telah penulis senaraikan di atas ? Adakah mereka layak digelar sebagai pemain Asean terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini ? Atau anda mempunyai senarai lain yang boleh dikategorikan sebagai pemain Asean terbaik ? Mari kongsikan dengan penulis.

Leave a Reply