Sumber Gambar: Yahoo Sports

Baru-baru ini, sepertii yang dilaporkan FootballTribe.com, beberapa kelab ternama di Liga Turki berminat untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain muda negara. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah.

Di sini, penulis nak menyenaraikan 6 pemain muda kita yang boleh dihantar ke Turki. Satu peluang yang sangat baik ni.

1. Safawi Rasid.

Sumber Gambar: JST

Tidak keterlaluan apabila penulis mengatakan bahawa Pawi adalah pemain sayap tempatan terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini. Beliau juga menjadi pilihan Raul Longhi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Jadi, jika Pawi bermain di Turki, maka ada peluang untuk beliau meningkatkan corak serta mutu permainan beliau.

2. Akhyar Rashid

Sumber Gambar: KFA

Sama seperti Safawi, Akhyar merupakan antara pemain sayap terbaik dalam Liga ketika ini. Beliau dilhat boleh meningkatkan kebolehan menggelecek serta kawalan bola beliau sekiranya bermain di Turki.

3. Nor Azam Azih

Sumber Gambar: Goal.com
Pemain ini dicanang sebagai pengganti kepada Safiq Rahim sebagai perancang utama dalam skuad kebangsaan. Jika Azam bermain di Turki, beliau berpeluang untuk menjadi lebih baik daripada ketua pasukan negara kesayangan semua ini.

4. Hadi Fayyadh

Sumber Gambar: JST
Penyerang skuad bawah 19 tahun negara ini sememangnya mempunyai potensi untuk menjadi penyerang utama pasukan negara. Bermain di Turki merupakan peluang terbaik beliau untuk meningkatkan lagi kemahiran Hadi.

5. Adam Nor Azlin

Sumber Gambar: Goal.com
Adam menjadi nadi utama di bahagian pertahanan skuad bawah 23 tahun negara ketika Sukan SEA dan temasya AFC bawah 23 tahun di China awal tahun ini. Liga Turki merupakan satu platform yang baik untuk Adam bagi mempertingkatkan kemampuan beliau.

6. Syamer Kutty Abba

Sumber Gambar: ESPN.com
Syamer digelar sebagai Kante Malaysia kerana work rate beliau di atas padang. Setelah berkelana ke bumi Portugal, Turki merupakan satu destinasi yang baik untuk Syamer mengasah kebolehan beliau.

Haa itulah dia 6 pemain muda yang menurut penulis boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke Liga Turki. Tak kiralah Divisyen 1 atau Divisyen 2 sekalipun, bermain di liga yang lebih kompetitif mampu membantu pemain muda ini untuk meningkatkan corak serta mutu permainan mereka.

Baca Juga: Kekalkan Momentum Ini, Akhyar Dan Safawi

Leave a Reply