Sumber Gambar: JST

Ketika seri dengan pasukan Selangor pada perlawanan Liga Super minggu lalu, Johor Darul Ta’zim menurunkan dua pemain import baru mereka iaitu Harry Novillo dan Jorge Santos Silva. Novillo diletakkan sebagai pemain nombor 10 manaka Jorge diletakkan sebagai penyerang utama.

Penulis melihat Novillo beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut. Gelecekkan serta work rate beliau seringkali memerangkap barisan pertahanan Selangor. A.Namathevan yang ditugaskan untuk mengawal Novillo seringkali tertewas dengan gerakan beliau.

Dalam perlawanan tersebut Novillo juga berjaya menjaringkan satu gol dimana gol tersebut memberikan satu mata buat JDT.

Akan tetapi, berbeza sedikit dengan persembahan Jorge Santos sebagai penyerang utama dalam perlawanan tersebut. Jorge dilihat masih lagi dalam penyesuaian diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Raul Longhi.

Hanya ada beberapa percubaan saja yang dilakukan oleh Jorge untuk cuba mencari jaringan. Penulis berpendapat Jorge perlu diberi masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang digunakan oleh Longhi.

Ini kerana bukan mudah untuk beliau segera menemui rentak cemerlang kerana ini kali pertama beliau bermain dalam saingan Liga Malaysia. Selain perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan, Jorge perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia.

Walau apa pun, dengan adanya pemain serangan seerti Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera dan Harry Novillo yang membantu beliau, penulis melihat tiada masalah untuk Jorge menemui rentak sebenar dan mula menjaringkan gol. Apatah lagi ketiga-tiga pemain ini sedang berada dalam prestasi terbaik.

Apa pendapat anda mengenai persembahan Jorge Santos Silva pada perlawanan pertama beliau bersama pasukan Johor Darul Ta’zim ? Mampukah beliau segera menemui rentak sebenar dan mula menjaringkan gol dalam saingan Liga Malaysia ?

Baca Juga: Selangor Lebih Mengancam Berbanding Johor Darul Ta’zim

Leave a Reply