Sumber Gambar: Football Tribe

Saingan Liga Malaysia musim ini akan diteruskan walaupun sudah memasuki bulan ramadan. Berbeza dengan sebelum ini dimana kesemua perlawanan Liga Malaysia direhatkan dan akan disambung selepas Hari Raya Aidil Fitri. Beberapa jurulatih tempatan telah memberikan reaksi mereka terhadap perkara ini.

Antaranya ialah jurulatih Felda Unite, B.Sathianathan. Beliau menyatakan bahawa tiada masalah sebenarnya apabila bermain di bulan puasa. Tambah Sathia lagi, kita harus melihat Liga Arab dimana mereka tetap meneruskan perjalanan Liga mereka walaupun bermain di bulan puasa, malah lebih meriah daripada biasa.

Menurut Stahia lagi, hanya psikologi pemain kita saja yang berfikir bahawa mereka tidak boleh bermain ketika bulan puasa. Mereka hanya bermain pada pukul 10 hingga 12 malam. Setelah itu para pemain akan berehat pada siang harinya.

Nada yang sama turut disuarakan ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti. Beliau berpendapat bermain di bulan ramadan tidak akan menjejaskan prestasi pemain. Apa yang perlu dilakukan mereka ialah menjaga pemakanan.

Ketua jurulatih Sabah, Jelisu Ating meluahkan rasa lega apabila perlawanan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 tetap dijalankan pada bulan ramadan ini. Menurut Ating, jika berlaku penangguhan perlawanan sudah tentu jadual akan menjadi semakin padat dan ia akan menjejaskan perancangan pasukan.

Selain menjejaskan perancangan pasukan, jika liga berehat lama ianya juga bakal mengganggu rentak pemain. Apatah lagi pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik. Sudah pasti mereka mahu meneruskan rentak tersebut.

Walau apa pun, tiada masalah jika Liga Malaysia dilangsungkan dalam bulan ramadhan. Selain tidak menggangu jadual perlawanan, persiapan serta pprestasi pasukan juga tidak akan terjejas kerana adanya perlawanan yang kompetitif.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan Liga Malaysia yang akan diteruskan ketika bulan ramadan yang akan bermula esok ? Adakah perkara ini akan memberi kesan kepada persembahan pasukan yang bertanding ?

Ataupun ada baiknya Liga diteruskan untuk memastikan para pemain kekal cergas dan seterusnya mengelakkan jadual yang padat nanti ?

Baca Juga: 5 Pemain Asean Yang Beraksi Dengan Baik Setakat Ini

Leave a Reply