Sumber Gambar: Sports 247

Penjaga gol Terengganu FC, Wan Azraei diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama ketika Terengganu FC menewaskan pasukan Pahang minggu lalu. Beliau berjaya memastikan pintu gol Terengganu tidak dibolosi pada perlawanan tersebut.

Pada saingan musim ini, Irfan Bakti lebih memilih untuk menggunakan khidmat penjaga gol berusia 40 tahun, Suffian Abdul Rahman untuk mengawal pintu gol Terengganu. Namun, setelah dibolosi tiga kali ketika Terengganu tewas kepada Perak, Irfan memberikan Azraei peluang untuk tampil.

Dalam perlawanan menentang Pahang, Azraei beraksi baik dengan beberapa kali menafikan percubaan pemain serangan Pahang. Terutamanya ketika Azraei menafikan percubaan R.Kogileswaran dari jarak dekat pada separuh masa pertama.

Persembahan Wan Azraei juga mendapat pujian daripada ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti. Irfan nyata gembira dengan persembahan Azraei walaupun ini kali pertama beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

Selepas menampilkan persembahan cemerlang minggu lalu, Wan Azraei berhajat untuk terus menjadi pilihan utama bagi menjaga gawang pasukan Terengganu FC.

Penulis berpendapat persaingan untuk merebut posisi penjaga gol utama pasukan Terengganu FC semakin hangat dan juga sengit. Kedua-dua penjaga gol ketika ini dilihat mampu untuk menggalas tugas dengan baik.

Jika kita melihat dari segi pengalaman, kedua-dua penjaga gol ini sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam saingan Liga Malaysia. Suffian telah beraksi untuk sembilan buah pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Sedikit dengan Azraei yang pernah mewakili empat pasukan termasuk Terengganu.

Penulis merasakan persaingan ini adalah satu perkara yang sangat baik buat pasukan Terengganu. Mereka mempunyai dua penjaga gol yang siap sedia untuk beraksi dengan baik dalam kesebelasan utama.

Apa pendapat anda mengenai persembahan Wan Azraei ketika perlawanan menentang Pahang minggu lalu ? Siapa yang patut menjadi penjaga go utama Terengganu FC ? Suffian Abdul Rahman atau Wan Azraei ?

Baca Juga: Terengganu FC Cipta Kejutan Ke Atas Pahang

Leave a Reply