Sumber Gambar: Football Tribe

Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak telah memanggil seramai 27 pemain bagi menyertai latihan pusat pasukan bawah 19 tahun negara di Wisma FAM yang akan bermula ahad ini. Dalam senarai tersebut, kami melihat penyerang muda negara, Zafuan Azeman berkemungkinan besar bakal menjadi pilihan utama untuk menerajui barisan serangan.

Zafuan merupakan satu-satunya penyerang daripada skuad kelayakkan di Korea Selatan tahun lalu yang dipanggil oleh Bojan untuk menyertai kem latihan kali ini. Nama-nama seperti Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran dan Hadi Fayyadh dilihat tidak dipanggil.

Bagi Hadi Fayyadh, nama beliau diletakkan dalam senarai 5 pemain yang harus bersiap sedia jika pemain sedia ada mengalami kecederaan.

Seramai 23 pemain terbaik akan dipilih dan dibawa ke Bangkok, Thailand pada 29 Mei untuk latihan dan menghadapi tiga perlawanan persahabatan di sana selama seminggu. Pasukan bawah 19 tahun negara dijadual pulang ke tanah air pada 5 Jun 2018.

Sepanjang berada di Bangkok, kami melihat Zafuan Azeman akan diletakkan sebagai penyerang utama pasukan. Bojan dilihat mahu menguji sama ada penyerang Kedah ini mampu untuk menggalas tugas di bahagian serangan pasukan negara.

Seorang lagi pemain yang dilihat bakal membantu Zafuan di barisan hadapan ialah Zhafir Yusof. Zhafir sebelum ini menjadi sebahagian daripada pasukan bawah 19 tahun negara ketika kempen kelayakkan tahun lalu.

Ketika kempen kelayakkan AFC Bawah 19 Tahun di Korea Selatan hujung tahun lalu, barisan serangan negara diisi oleh Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh dan Nik Akif Syahiran sambil dibantu Zafuan Azeman yang duduk di bangku simpanan.

Kami berpendapat akan ada perubahan pemain dalam pasukan negara apabila temasya AFC Bawah 19 Tahun akan berlangsung di Indonesia pada Julai nanti. Akhyar, Hadi dan Nik Akif dijangka bakal memperkuatkan pasukan negara dalam temasya tersebut.

Apa pendapat anda mengenai senarai pemain yang dipanggil oleh Bojan Hodak untuk menyerta kem latihan seterusnya bakal menghadapi perlawanan persahabatan di Bangkok nanti ?

Mampukah Zafuan Azeman menggalas cabaran sebagai penyerang utama negara ketika di Bangkok nanti ?

Leave a Reply