Sumber Gambar: The Star Online

Seluruh peminat bola sepak Malaysia sudah pasti merindui aksi lincah pemain sayap negara, Rozaimi Abdul Rahman satu ketika dahulu. Gaya permainan ala-ala Neymar nyata memberi sinar baru kepada peminat bola sepak negara. Di sini, penulis nak throwback ketika zaman kegemilangan Rozaimi.


Sumber Video: Adl33

Ini pula gol-gol terbaik yang pernah dijaringkan oleh Rozaimi

Sumber Video: renokovic

Memang tidak dinafikan Rozaimi merupakan pemain muda terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia. Persembahan beliau ketika mewakili skuad Harimau Muda nyata menjadikan antara pemain muda terbaik di rantau Asia Tenggara.

Selain menyinar bersama Harimau Muda, Rozaimi juga menyinar ketika mewakili pasukan Selangor dan Sabah.

Akan tetapi, setelah ditimpa kecederaan dan juga mengalami kemalangan, Rozaimi dilihat berada jauh daripada prestasi beliau sebelum ini. Beliau juga kerap memanaskan bangku simpanan pasukan Johor Darul Ta’zim II.

Kami berpendapat Rozaimi masih lagi mempunyai masa untuk beliau kembali mendapatkan rentak seperti zaman kegemilangan beliau. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain berusa 25 tahun ini hanyalah mencari pasukan yang mampu untuk menjanjikan tempat dalam kesebeasan utama buat beliau.

Agak sukar untuk Rozaimi kembali ke prestasi sebenar jika beliau tidak mendapat minit bermain yang cukup. Rozaimi harus keluar dari zon selesa bagi memastikan beliau bermain dalam perlawanan kompetitif dan mendapat minit bermain yang secukupnya.

Amat disayangkan apabila bakat Rozaimi terbuang dek kerana beliau sering memanaskan bangku simpanan. Penulis percaya Rozaimi boleh menjadi pemain yang akan dipertimbangkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe jika beliau berjaya kembali ke prestasi sebenar.

Apa pendapat anda mengenai peluang Rozaimi Abdul Rahman untuk kembali ke prestasi seperti zaman kegemilangan beliau satu masa dulu ? Mampukah beliau mencapai sasaran tersebut ?

Leave a Reply