Sumber Gambar: Semuanya Bola

Skuad Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bawah 14 dan 15 tahun menuju ke Eropah bagi mengharungi beberapa kejohanan dan perlawanan persahabatan. Kedua-dua pasukan telah berlepas pada Selasa lalu. Pasukan bawah 14 tahun akan menyertai pertandingan di Dortmund yang diadakan hari ini dan esok bagi kategori B-14 yang turut disertai oleh beberapa akademi kelab ternama Eropah seperti Borussia Dortmund dan Wigan Athletic.

Bagi kategori bawah 15 tahun pula, pertandingan akan diadakan esok dimana pertandingan ini pernah disertai oleh pemain ternama dunia seperti Zlatan Ibrahimovic, Marco Reus dan Ousmane Dembele ketika mereka beraksi bersama pasukan akademi masing-masing.

Ini adalah satu peluang yangs angat baik untuk pemain Akdemi Mokhtar Dahari untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu sepanjang berada di sana. Mereka juga boleh meningkatkan tahap dan juga mutu permainan mereka kerana mereka akan menentang pemain yang berada di tahap lebih tinggi.

Perkara ini juga diharapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar. Beliau mahukan para pemain untuk memanfaatkan segala tunjuk ajar jurulatih untuk mengulangi kejayaan yang dipamerkan oleh skuad AMD B-13 bulan lalu.

Skuad AMD Bawah 13 tahun bulan lalu telah berjaya menduduki tempat ketiga dan juga tempat keempat dalam dua kejohanan di Perancis.

Apa yang penting, para pemain muda negara harus menumpukan sepenuh perhatian mereka bagi mendapatkan keputusan yang positif sepanjang berada di Jerman. Ini adalah kali kedua skuad Akademi Mokhtar Dahari beraksi di bumi Jerman apabila tahun lalu mereka berjaya merangkul tempat keempat terbaik dalam kejohanan yang sama.

Safirul juga menjelaskan bahawa NFDP tidak mempunyai masalah meskipun tampuk pemerintahan bertukar tangan setelah Pilihan Raya ke-14 lalu. Para peminat bol asepak negara mahukan program ini diteruskan untuk memastikan negara tidak ketandusan pemain di peringkat akar umbi.

Baca Juga: Diharapkan Ramai Lagi Yang Terpilih

Leave a Reply